Pegangan kita ialah beriman kepada Allah, para Malaikat, kitab-kitab yang diturunkan, para Rasul, Hari Akhirat, Ketentuan Qadar samada baik atau buruk.
Beriman kepada RUBUBIYYAH Allah s.w.t; iaitu beriman bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan yang mencipta, memiliki, dan mentadbir semua perkara.
Beriman kepada ULUHIYYAH Allah s.w.t; iaitu beriman bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan yang sebenar dan segala sesuatu yang disembah selainNya adalah salah.
Beriman kepada ASMA' dan SIFAT Allah s.w.t, iaitu beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang sempurna lagi tinggi.
Beriman kepada KEESAAN Allah s.w.t berhubung semua perkara tersebut, yakni beriman bahawa tidak ada sesuatupun yang menyertai atau menyengutui Allah s.w.t baik dari segi Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' dan SifatNya.
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
"Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; sembahlah Dia dan kuatkanlah semangat dalam melakukan ibadat terhadap-Nya. Adakah kamu mengetahui sesuatu yang menyamainya?" (Maryam: 65)
Beriman bahawa "Dialah Allah, tiada Tuhan selain-Nya, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekelian makhluk), tidak mengantuk dan tidak tidur. Memiliki segala yang di langit dan yang di bumi. Tidak ada sesuatupun yang mampu memberi pertolongan kecuali dengan izin-Nya. Tuhan yang mengetahui segala yang ada di depan dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu-Nya kecuali dengan kadar yang dikehendaki-Nya. Luasnya kursi Allah meliputi langit dan bumi. Menjaga kedua-duanya sedikitpun tidak membebankan-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung" (al-Baqarah:255)[1]
Beriman bahawa "Dialah Tuhan yang tiada tuhan melainkan-Nya, Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Tuhan yang tiada tuhan melainkan-Nya, Tuhan yang memiliki setiap sesuatu, Tuhan yang terhindar dari kekurangan, Tuhan yang menjamin keamanan, Tuhan yang menyaksikan setiap sesuatu, Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Kuasa dan Maha besar; Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. Dia Allah yang Maha Pencipta, Maha Pembuat, dan Maha Pembentuk, Tuhan yang mempunyai nama-nama yang baik. Setiap sesuatu di langit dan di bumi bertasbih kepadanya. Dialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (al-Hasyr: 22-24)[2]
Beriman bahawa "Allah mempunyai kekuasaan di langit dan di bumi, mencipta apa sahaja yang diingini, mengurniakan anak perempuan sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki, dan mengurniakan anak lelaki sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki. Atau mengurniakan kedua-duanya; lelaki dan perempuan. Dan atas kehendak-Nya Dia boleh menjadikan sesiapa sahaja mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa". (al-Syuura: 49-50)[3]
Beriman bahawa "Tiada sesuatupun yang menyerupainya; dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, meluaskan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan membataskan, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu". (Syuura:11-12)[4]
Beriman bahawa "Tiada sesuatupun yang melata di atas muka bumi melainkan Allah menjamin rezekinya, dan Dia mengetahui akan permulaan dan penghujungnya; semuanya terdapat d dalam al-Kitab al-Mubin" (Huud:6)[5]
Beriman bahawa "Dia memiliki anak kunci ghaib, sesiapa pun tidak tahu melainkan-Nya, mengetahui apa yang ada di daratan ataupun di laut, tiada dedaun yang gugur kecuali Dia mengetahuinya, tiada seketul biji halus di dalam kegelapan bumi, tiada yang basah dan tiada yang kering kecuali semua itu terdapat di dalam al-Kitab al-Mubin" (al-An'aam:59)[6]
Beriman bahawa "Sesungguhnya Allah; hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari Kiamat, Dia-lah yang menurunkan hujan, mengetahui apa yang ada dalam rahim; Tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang bakal diperolehinya besok, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenalpasti" (Luqman: 34)[7]
InsyaAllah, bahagian seterusnya nanti kita cuba menghayati sifat-sifat yang diceritakan Allah dan Rasul menerusi al-Quran dan al-Sunnah.
[1] اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
[2] هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ، هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
[3] لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ ، أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
[4] لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير، لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
[5] وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
[6] وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
[7] إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

No comments:
Post a Comment