Thursday, April 30, 2009

Bidadari; oleh Ibn Qaiyyim al-Jauziyyah



يَا خَاْطِبَ الْحُـورِ الحِسَانِ وَطَالِبًا*** لِوَصَـالِهِنَّ بِجَنَّـةِ الحَيَـوَان
ِلَوْ كُنْتَ تَدْرِي مَنْ خَطَبْتَ وَمَنْ طَلَبْـ***ـتَ بَذَلْتَ مَا تَحْوِي مِنَ الأَثْمَانِ
أَوْ كُنْتَ تَدْرِي أَيْنَ مَسْكَنُهَا جَعَلْـ***ـتَ السَّعْيَ مِنْكَ لَهَا عَلَى الأَجْفَانِ
أَسْرِعْ وَحُثَّ السَّيْرَ جَهْدَكَ إِنَّمَا*** مَسْرَاْكَ هَذَا سَاْعَةٌ لِزَمَان
ِفَاعْشَقْ وَحَدِّثْ بِالوِصَالِ النَّفْسَ وَابْـ***ـذُلْ مَهْرَهَا مَا دُمْتَ ذَا إِمْكَانِ
وَاجْعَلْ صِيَاْمَكَ قَبْلَ لُقْيَاهَا وَيَوْ***مَ الوَصْلِ يَوْمَ الفِطْرِ مِنْ رَمَضَاْن
ِلَوْ سَاوَتِ الدُّنْيَا جَنَاْحَ بَعُوضَةٍ*** لَمْ يَسْقِ مِنْهَا الرَّبُّ ذُوْ الكُفْرَان
ِلَكِنَّهَا وَاللهِ أَحْقَرُ عِنْدَهُ*** مِنْ ذِيْ الْجَنَاْحِ الْقَاْصِرِ الطَّيَرَانِ
طُبِعَتْ عَلَى كَدَرٍ فَكَيْفَ تَنَالُهَا***صَفْوًا أَهَذَا قَطُّ فِي الإِمْكَاْنِ
يَا عَاْشِقَ الدُّنْيَا تَأَهَّبْ لِلَّذِي*** قَدْ نَالَهُ الْعُشَّاْقُ كُلَّ زَمَاْنِ

Father & Son - Cat Steven (Yusuf Islam)

Father...
Its not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You are still young, thats your fault,
Theres so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.
I was once like you are now, and I know that its not easy,
To be calm when youve found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Son...
How can I try to explain, when I do he turns away again.
Its always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now theres a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Father...
Its not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There is so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but Im happy.
(son-- away away away, I know I have to
Make this decision alone - no)

Son...
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
Its hard, but its harder to ignore it.
If they were right, Id agree, but its them you know not me.
Now there is a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
(father-- stay stay stay, why must you go and
Make this decision alone?)

Wednesday, April 29, 2009

Kenangan Bersama Seorang Pendidik



Dari kiri Dr. Adil Gomaa (Pensyarah Fakulti Bahasa Arab KUIN), penulis, Dr. Mohamad Bakhir (Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN), Dr. Adas dan Dr. Ibrahim Dergham (Pensyarah Fakulti Syariah KUIN) pada malam terakhir Dr. Adil di Malaysia. Keesokan harinya 29/04/2009 beliau pulang ke Mesir.

Tak lupa juga photographer Dr. Syaaban Zen al-Abidin. Semua mereka merupakan prof2 yang dipinjamkan oleh Universiti al-Azhar kepada KUIN. Selama tujuh tahun saya berdamping dengan mereka. Banyak kenangan bersama, bermula saat saya menjadi student KUIN sehinggalah sekarang.

Malam tu kami asyik berborak sehing ke jam 3 pagi. Dr. Bakhir dengan jenakanya yang bersahaja membuatkan semua orang tertawa. Malam tu tak kan saya lupakan. Sebelum tu turut bersama Dr. Abdul Ghani dan U. Aid al-Misri, tapi mereka pulang lebih awal.
Dr. Adil merupakan seorang yang sangat disenangi ramai, baik dari kalangan pelajar atau rakan-rakan sejawat dengan beliau. Beliau tidak jemu-jemu mencurah ilmu, khususnya ilmu Nahu. Saya sendiri dapat merasakan perkara itu. Hampir empat tahun lamanya saya berulang-alik ke rumah beliau mempelajari Nahu. Antara kitab-kitab yang sempat saya habiskan bersama beliau ialah "alFiyyah ibn Malik" dan "al-Tasreef al-Muluki; Abu Ali al-Farisi". Dia juga banyak mendorong saya untuk menulis karya-karya di dalam bahasa Arab. Selain beliau, Dr. Syaaban yang mengambil gambar di atas juga merupakan antara orang yang banyak mencurahkan ilmu kepada saya, khususnya Nahu. Dengan Dr. Syaaban, saya sempat mempelajari Kitab Sebawaeh, walaupun tidak sempat menghabiskannya.
Bagi saya, Dr. Adil merupakan seorang yang sangat pakar dalam bidang pengkhususannya, iaitu Nahu dan sarf. Saya amat terhutang budi dengan beliau. Beliau banyak memberi tunjuk ajar sehinggalah saya dapat menulis sebuah kitab yang membahaskan persoalan Nahu berjudul "al-Mubassat fi Qawaed al-nahw wa al-Sarf". Kitab itu kini dijadikan sebagai kitab rujukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di mana Prof. Dr. Bukhari Lubis sendiri yang mengajarnya. Walillahilhamd






Tuesday, April 28, 2009

Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 7)

Beriman bahawa Allah s.w.t memiliki wajah yang bersifat keagungan dan kemuliaan.

وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

"Dan tinggal lah wajah Tuhan-Mu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan". (al-Rahman: 27)

Beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai wajah, tanpa bertanyakan bagaimana rupa bentuknya, kerana tiada seseuatupun yang menyerupainya.

Beriman dengan perkara itu, tanpa mentakwilkan 'wajh' bererti 'zaat'. Yakni tidak akan mengatakan wajah Allah ialah zaat Allah, dan tidak juga akan menafikan sifat-sifat khabariyyah yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Friday, April 17, 2009

Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 6)

Sifat al-Mahabbah (suka) dan al-Bughd (benci)

Beriman bahawa Allah s.w.t menyukai para wali-Nya, dan beriman bahawa mereka juga menyukai Allah s.w.t.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ
"Katakanlah; jika kamu sukakan Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah akan menyukai kamu" (Ali 'Imran: 3)

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
"Maka kelak Allah akan datangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya" (al-Maaidah: 54)

وَاللهُ يُحِبُّ الصَّاْبِرِيْنَ
"…dan Allah menyukai orang-orang yang sabar" (Ali 'Imraan: 146)

Beriman bahawa Allah s.w.t menyukai apa yang disyariatkan-Nya samada berbentuk kelakuan atau percakapan, dan membenci apa yang dilarangi-Nya.

وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ
"…tetapi Allah bencikan keberangkatan mereka, lalu Allah lengahkan mereka; dan di dikatakan kepada mereka: "Duduklah bersama dengan orang-orang yang duduk". (al-Taubah: 46)

Beriman bahawa Allah s.w.t menyukai orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
"…Allah menyukai mereka dan mereka menyukai Allah; dan begitulah perihal bagi orang yang takutkan Tuhannya" (al-Baiyyinah: 8)

Beriman bahawa Allah s.w.t memarahi sesiapa sahaja yang terdiri daripada orang-orang kafir atau selain mereka.

الظَّانِّينَ بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۖ وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
"… mereka yang berprasangka buruk terhadap Allah; tibalah giliran keburukan ke atas mereka; dan Allah memurkai mereka…" (al-Fath:6)

Beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai sifat suka dan benci, redha dan marah dengan cara dan bentuk yang layak bagi keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah s.w.t.

Beriman bahawa Allah s.w.t bersifat dengan sifat yang demikian; iaitu suka dan benci, marah dan redha, secara hakikat bukan majaz.

Beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai sifat al-mahabbah dan al-bughd secara hakikat, dan tidak akan mentakwilkannya, dan tidak juga mempersoalkan rupa bentuk atau cara (kaifiyyah). Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah s.w.t.

Wednesday, April 15, 2009

Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 5)

Sifat al-Iraadah

Beriman bahawa Allah s.w.t "Maha melakukan apa yang dikehendaki" (al-Buruuj: 16)
[1] Bererti apa sahaja yang dikehendaki-Nya pasti akan dilakukan tanpa sebarang halangan.

Beriman bahawa sifat Iraadah terbahagi kepada dua jenis; pertama Iraadah Kauniyyah dan yang kedua Iraadah Syar'iyyah.

Iraadah Kauniyyah ialah apa yang dikehendaki mesti terjadi, dan dalam masa yang sama tidak semestinya apa yang dikehendaki itu disukai-Nya.

Contohnya perihal bunuh membunuh sesama manusia, Allah s.w.t tidak menyukainya, tetapi sudah menjadi kehendak Allah s.w.t untuk berlakunya gejala bunuh-membunuh di atas muka bumi atas hikmah tertentu. Boleh jadi kita tahu dan boleh jadi kita tidak tahu. Apa yang pasti kita beriman yang Allah Ahkamul Hakimeen (penentu paling adil).

Contoh seterusnya; Allah s.w.t tidak suka membinasakan sesiapapun, tetapi sudah menjadi kehendak Allah s.w.t untuk wujudnya kebinasaan atas hikmah tertentu. Boleh jadi kita tahu dan boleh jadi kita tidak tahu. Apa yang pasti kita beriman yang Allah Ahkamul Hakimeen (penentu paling adil).

وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا اقْتَتَلُوا وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ
"Kalau Allah mahu, sudah tentu mereka tidak akan bunuh-membunuh, akan tetapi Allah akan lakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya" (al-Baqarah: 253)

إِنْ كَانَ اللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يُغْوِيَكُمْ ۚ
"…. Jika Allah hendak membinasakan kamu…" (Hud:34)

Sementara Iraadah Syar'iyyah pula ialah apa yang dikehendaki tidak semestinya terjadi, dan dalam masa yang sama setiap yang dikehendaki itu adalah disukai-Nya.

Contohnya Allah s.w.t ingin mengampuni hamba-hamba-Nya, tetapi hal itu tidak semestinya berlaku atas hikmah tertentu. Boleh jadi kita tahu dan boleh jadi kita tidak tahu. Apa yang pasti kita beriman yang Allah Ahkamul Hakimeen (penentu paling adil).

وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ
"… dan Allah hendak mengampuni kalian…" (al-Nisa': 27)

Contohnya lagi Allah s.w.t inginkah hamba-hamba-Nya beriman, tetapi tidak semestinya kehendak Allah s.w.t itu akan berlaku atas hikmah tertentu. Apa yang pasti ialah Allah s.w.t sukakan hamba-hambanya beriman. Boleh jadi kita tahu dan boleh jadi kita tidak tahu. Apa yang pasti kita beriman yang Allah Ahkamul Hakimeen (penentu paling adil).

Jadi kesimpulannya ialah kehendak Allah s.w.t terbahagi kepada dua jenis. Pertama kehendak Allah yang tertakluk pada hukum alam dan yang kedua kehendak Allah s.w.t yang tertakluk pada syariat dan agama.

Iradah Kauniyyah atau kehendak Allah yang tertakluk pada hukum alam pasti akan berlaku walaupun Dia s.w.t tidak menyukainya; seperti kekufuran orang-orang kafir.

Sementara Iraadah Syar'iyyah atau kehendak Allah yang tertakluk pada syariat dan agama pula semuanya disukai dan tidak semestinya berlaku; seperti keimanan orang-orang mukmin.

Jadi orang yang beriman itu pertamanya terjadi atas dasar Iraadah Kauniyyah, kemudian bertepatan pula dengan Iraadah Syar'iyyah.

Sementara orang kafir pula terjadi atas dasar Iraadah Kauniyyah, bukan Iraadah Syar'iyyah, kerana Allah s.w.t tidak sukakan kekufuran.

Apa yang pastinya ialah tidak ada sesuatupun yang terkeluar daripada Iradah Allah s.w.t, bezanya ialah samada ia berlaku atas Iraadah kauniyyah atau Iraadah Syar'iyyah.

Persoalan: Adakah terdapat orang yang mahukan sesuatu tetapi tidak menyukainya?

Jawapan: Tidak ada orang yang mahukan sesuatu tetapi tidak menyukainya kecuali dalam keadaan terpaksa. Contohnya dia dipaksa minum air najis, jika enggan ibunya akan dibunuh. Dia ditanya: "kamu mahu minum atau tidak?" Jawabnya: "Saya mahu…". Dia mahu minum, tetapi adakah dia suka?

Persoalan: Jika begitu halnya, adakah ada sesuatu yang memaksa Allah untuk melakukan sesuatu sedang Dia tidak menyukainya?

Jawapan: Tidak, sesekali tidak mungkin ada sesuatu yang memaksa Allah s.w.t. Tetapi Allah melakukan sesuatu yang tidak disukai-Nya kerana maslahah, tujuan atau hikmah yang lebih besar, yang mengatasi kebencian-Nya terhadap sesuatu yang dibenci-Nya itu. Boleh jadi kita tahu dan boleh jadi kita tidak tahu. Apa yang pasti kita beriman yang Allah Ahkamul Hakimeen (penentu paling adil).

Betulkah iman dan kufur ditentukan Allah s.w.t? Ya!! Firman Allah s.w.t:

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا
"Maka sesiapa yang Allah mahu memberi petunjuk kepadanya maka Allah akan lapangkan dadanya ke arah Islam, dan siapa yang Allah ingin sesatkannya maka Allah akan jadikan dadanya sempit sesak…" (al-An'aam: 125)

Beriman bahawa tiada apapun yang berlaku melainkan atas kehendak Allah s.w.t, samada baik atau buruk, keimanan atau kekufuran, dan ketaatan atau kemaksiatan, semuanya berlaku atas kehendak Allah s.w.t. Kehendak yang dimaksudkan ialah samada kehendak Kauniyyah atau kehendak Syar'iyyah.

Beriman bahawa kehendak Allah s.w.t, samada Kauniyyah atau Syar'iyyah adalah berasaskan dan bertepatan dengan hikmah yang agung.

Beriman bahawa Allah s.w.t adalah penentu yang paling adil

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
"Bukankah Allah penentu yang paling adil" (al-Teen:8)

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
"Bagi orang-orang yang yakin, siapakah yang lebih baik daripada Allah dalam soal penentuan?" (al-Maaidah:50)

Beriman bahwa Allah s.w.t akan melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, tiada sesuatupun yang terkecuali daripada kehendak Allah s.w.t, dan beriman semua itu terjadi bertepatan dengan hikmah Tuhan yang Maha Bijaksana.

لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ
"Allah s.w.t tidak ditanya apa yang dilakukan, sebaliknya mereka yang akan ditanya". (al-Anbiyaa': 23)




[1] فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ

Monday, April 13, 2009

Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 4)


Sifat al-Nuzul (Turun)

Beriman bahawa Allah s.w.t akan turun setiap malam ke langit dunia pada satu pertiga malam yang terakhir dan berkata: "Siapa yang berdoa kepada-Ku aku akan mustajabkannya, siapa yang meminta dari-Ku aku akan berikan kepadanya, siapa yang memohon ampun kepada-Ku aku akan ampunkannya".

Beriman bahawa Allah s.w.t turun dengan cara yang layak bagi keagungan dan kebesaran-Nya, secara hakikat, bukan majaz.

Beriman bahawa Allah s.w.t turun secara hakikat, tetapi cara dan rupa bentuk turunnya Allah tidak pula kita ketahui, dan kita tidak sesekali akan bertanya cara dan rupa turunnya Allah s.w.t.

Beriman bahawa Allah s.w.t turun dengan cara hakikat dan dalam masa yang sama beriman yang tiada sesuatupun menyerupai Allah s.w.t, baik dari segi zat, sifat atau perbuatan.

Beriman bahawa Allah s.w.t turun secara hakikat, bukan majaz, dan menolok fahaman yang mentakwilkan turunnya Alllah sebagai turunnya rahmat Allah s.w.t. Bagi mereka, jika Allah turun secara hakikat, bermakna Allah bergerak. Jika Allah bergerak bermakna Allah berjisim. Jika Allah berjisim bererti Allah menyerupai makhluk. Percayalah perbahasan sebegini tidak pernah dikenali oleh para ulama Salaf sebagaimana yang diceritakan oleh Imam al-Qurthubi ketika mentafsirkan ayat 3 surah Yunus.

Perkara sebegini mula dipersoalkan oleh Muktazilah, dan kemudian ditangkis oleh Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari, dan para ulama yang sealiran denganya seperti Imam al-Juwaini, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam Ghazali dan lain-lain. Mereka dengan niat yang sangat murni, iaitu menyucikan Allah dari segala bentuk penyerupaan makhluk telah mengambil pendekatan mentakwil ayat-ayat tersebut. Mentakwil Istiwa' kepada istila', turunnya Allah kepada turunnya rahmat Allah, tangan kepada kekuasaan dan sebagainya.

Namun begitu perlu diingat yang semua Imam-imam tersebut sehinggakan pengasas mazhab ta'wil sendiri telahpun menarik balik pendapat mereka itu secara bertulis. Menarik balik dan beriman yang jalan yang benar atau pegangan yang benar ialah pegangan ulama-ulama Salaf. Untuk lebih jelas, sila rujuk Fusul fi al-'Itiqad baina al-Salaf wa-alkhalaf Dr. Yusuf al-Qardhawi dan buku-buku lain.

Contohnya Imam Abu al-Hasan al-Asyri telah menarik balik pendapatnya berhubung sifat-sifat khabariyyah. Menarik balik dan berpegang dengan pegangan ulama Salaf. Kenyataan itu direkod sendiri olehnya menerusi kitab al-Ibanah fi Usul al-Diyaanah, Risalah Ila Ahli al-Thagr, dan Maqaalaat al-Islamiyyin. Begitu juga dengan Imam Fakhruddin al-Razi menerusi kitab Asas al-Taqdis, Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Iljam al-'Awaam 'an 'ilmi al-Kalam, dan lain-lain.

Berkenan catatan Ibn al-Battuthah yang mengatakan bahawa Ibn Taimiyyah pernah mengeluarkan kenyataan di dalam masjid al-Jami' bahawa: "Allah s.w.t turun seperti turunnya aku dari mimbar ini".

Hal ini tidak benar sama sekali kerana Ibn Battuthah tiba di Damsyiq pada hari Khamis, 9 Ramadhan 726H sedangkan ketika itu Ibn Taimiyyah berada di dalam penjara Qal'ah. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah dipenjarakan bermula pada awal Syabaan 726H sehinggalah beliau meninggal dunia di dalam penjara. Persoalannya bagaiman Ibn Taimiyah boleh berkhutbah di masjid al-Jami' sedangkan beliau ketika itu di dalam penjara? Untuk mendapat keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab yang membahaskan tentang pemikiran Ibn Taimiyyah, contohnya kitab Ibn Taimiyyah oleh Dr. Abu Zahrah, rijal al-Fikri wa al-Da'wah oleh Abu al-Hasan al-Nadawi, dan lain-lain.

Orang yang melontarkan tohmahan bahawa Ibn Taimiyyah adalah golongan Mujassimah, percayalah orang sebegini samada dia tidak mengenali Ibn Taimiyyah ataupun dia tidak mengenali al-Mujassimah.


Saturday, April 11, 2009

Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 3)

Sifat al-'Uluw (Ketinggian / Atas)

Beriman bahawa Allah s.w.t meninggi ke atas sekelian makhluk dengan Zat dan Sifat-Nya, kerana Dia berfirman: "Dialah Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung" (al-Baqarah: 255)
[1] "Dan Dialah yang Maha berkuasa berada di atas hamba-hamba-Nya". (al-An'aam: 18)[2]

Beriman bahawa Allah s.w.t "mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian naik duduk di atas arasy mentadbir setiap perkara" (Yunus: 3)
[3]

Beriman bahawa Allah s.w.t beristiwa' (naik duduk) di atas arasy dengan kaifiyyah atau cara yang layak dengan keagungan dan kebesaran-Nya. Sesiapa pun tidak mengetahui cara duduknya Allah melainkan Allah sendiri.

Kata Imam al-Qurthubi di dalam tafsirnya berhubung ayat 3 Surah Yunus: "Tiada seorang pun Ulama Salaf yang mengingkari bahawa Allah s.w.t naik duduk di atas arasy-Nya secara hakikat, bukan majaz".

Kata Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya berhubung ayat 54 Surah al-A'raaf: "Dalam masalah ini kami berpegang dengan pegangan Ulama Salaf seperti Malik, al-Auzaa'ie, al-Thauri, al-Laith bin Sa'ad, al-Syaafie, Ahmad, Ishaq bin Raahawaih, dan Imam-imam lain baik dulu atau sekarang bahawa kekalkannya sepermana ia datang tanpa mempersoalkan kaifiyyah (rupa bentuk atau cara), dan tanpa menyamakannya dengan makhluk, dan apa yang terlintas di fikiran orang yang ingin menyamakan Allah dengan makluk adalah dinafikan, dan "Tiada sesuatupun yang menyamai Allah, dan Allah maha Mendengar lagi maha Melihat". (Syuraa: 11)

Jika ditanya; adakah Allah naik duduk di atas arasy-Nya? Jawapannya ialah "Benar, Allah naik duduk di atas arasy-Nya dengan cara yang layak bagi keagungan dan kebesaran Allah s.w.t, Allah naik duduk di atas arasy-Nya secara hakikat, bukan majaz. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu cara dan bagaimana Ia naik duduk, sesiapapun tidak mengetahui gaya dan rupa bentuknya. Naik duduknya Allah s.w.t tidak sama seperti naik duduknya makhluk, kerana "Tiada sesuatupun yang menyamai Allah, dan Allah maha Mendengar lagi maha Melihat". (Syuraa: 11).
Jika ditanya: "Jika Allah naik duduk di atas arasy bererti Allah berada di atas, adakah ia benar?" Jawapannya: "Ya, benar. Allah berada di atas".

Soalan: "Jika Allah berada di atas bererti Allah berarah (berjihah), sedang 'sifat berarah' adalah sifat makhluk, maka dengan kenyataan itu tidakkah Allah menyerupai makhluk?"

Jawapan Pertama; ulama salaf tidak pernah membahaskan sebegitu rupa, Imam Qurtubi ketika menafsirkan ayat 3 surah Yunus berkata: "Ulama Salaf tidak pernah berbicara soal penafian jihah (arah), mereka sesekali tidak pernah menyentuh perkara itu".

Jawapan ke dua; kita beriman dan percaya bahawa Allah s.w.t naik duduk di atas arasy-Nya dengan cara yang layak bagi kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, tetapi bagaimana caranya kita tidak tahu, jangan cuba untuk memikir atau membayangkan cara Allah naik duduk. Yakin dan beriman yang Allah naik duduk di atas arasy, yakin yang kita tidak mungkin mengetahui cara Allah naik duduk di atas arasy-Nya, dan yakin bahawa cara atau rupa bentuk Allah s.w.t naik duduk di atas asrasy-Nya sesekali tidak menyamai makluk.

Orang yang degil akan terus bertanya, "bagaimana Allah naik duduk di atas arasy-Nya? Aku tidak boleh menerima yang Allah s.w.t naik duduk di atas arasy tetapi caranya tidak tahu? Aku tidak mampu menyekat fikiranku dari membayangkan situasi Allah naik duduk di atas arasy-Nya'.

Jawapan: "Di akhirat kelak akan disediakan arak untuk diminum berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا ، ثُمَّ لَمْ يَتُبْ مِنْهَا حُرِمَهَا فِي الْآخِرَةِ " [ أخرجه البخاري ومسلم ]
"Siapa yang meminum arak di dunia, kemudian tidak bertaubat, maka ia tidak akan dapat meminumnya di akhirat kelak" (al-Bukhari & Muslim)

Persoalannya ialah adakah arak di akhirat seperti arak di dunia? Firman Allah di dalam sebuah hadis qudsi:

أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ ، وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ ، وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ متفق عليه
"Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh sesuatu yang tidak ada mata yang pernah melihat, tidak ada telinga yang pernah mendengar, dan tidak pernah terlintas di fikiran manusia" (al-Bukhari & Muslim).

Inilah kekuncinya. Kita beriman yang kelak terdapat arak di dalam syurga, tetapi bolehkah kita membayangkan arak di dalam syurga? Tidak, kerana Allah sudah memberitahu kenyataannya menerusi hadis tadi. Maka begitulah sifat istiwa' Allah s.w.t, beriman yang Allah s.w.t beristiwa' secara hakikat, bukan majaz, bukan bermaksud istila', dan kemudian tutup serapat-rapatnya pintu fikiran daripada membayangkan bagaimana Allah beristiwa, sepertimana yang dilakukan oleh ulama Salaf, termasuk keempat-empat imam mazhab, iaitu Abu Hanifah, Malik, Syafie, dan Ahmad bin Hanbal.
Baca ayat 3 surah Yunus; "Kemudian Allah beristiwa' di atas arasy" kemudian baca ayat 11 surah Syuraa; "Tiada sesuatupun yang menyamai Allah", dan ayat 74 surah al-Nahl; "Maka janganlah menyemakan Allah dengan sesuatu".

Diulangi, kita wajib beriman bahawa Allah s.w.t bersifat 'Uluw (meninggi di atas) secara hakikat, bukan majaz. Kita menafikan sebarang bentuk penyamaan Allah dengan makhluknya. Mengabaikan apa sahaja yang terbayang di dalam fikiran berhubung naik duduknya Allah s.w.t di atas arasy. Kita tidak mentakwilkannya dengan berkata istiwa' (naik duduk) bererti istila' (menguasai).

Kita berpegang sepertimana pegangan Imam Malik bila ditanya tentang Istiwa', kata beliau:

"الإِسْتِوَاْءُ مَعْلُوْم وَالكَيْف مَجْهُوْل وَالسُّؤَاْل عَنْهُ بِدْعَة والإيْمَاْنُ بِهِ وَاْجِبٌ" والإستواء في اللغة العربية معناه العلو والارتفاع والاستقرار.


[1]وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
[2] وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ
[3] خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۖ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ

Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 2)

Sifat al-Kalam (Berbicara)

Beriman bahawa Allah s.w.t berbicara; masa bila pun yang dikehendaki-Nya, dengan sesiapa pun yang dikehendaki-Nyai, dan bagaimana cara pun yang dikehendaki-Nya.

Beriman bahawa Allah s.w.t berbicara dengan Musa a.s dengan cara yang layak dengan keagungan-Nya.

Beriman bahawa Allah s.w.t benar-benar bercakap dengan Musa a.s, bukan Majaz, tetapi dengan cara, gaya dan bentuk yang kita tidak tahu, hanya Allah s.w.t yang tahu.

Firman Allah s.w.t: "Dan Allah telah berbicara dengan Musa secara langsung" (al-Nisa': 164)
[1]

Firman Allah s.w.t: "Dan ketika Musa datang pada masa yang Kami tentukan, dan Tuhannya berbicara dengannya secara langsung…" (al-A'raaf: 143)
[2]

Firman Allah s.w.t: "Dan Kami Telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan kami mendekatkannya kepada kami saat dia bermunajat" (Maryam: 52)
[3]

Beriman bahawa "Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, keringlah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku…" (al-Kahfi: 109)
[4]

Beriman bahawa "Seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya kalimat Allah tidak akan habis (ditulis); Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Luqman: 27)
[5]

Beriman bahawa kalimat Allah s.w.t adalah kalimat paling sempurna, paling benar menceritakan sesuatu, paling adil dalam menghukum sesuatu, dan paling baik dalam membicarakan sesuatu.

Firman Allah s.w.t: "Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu sebagai kalimat yang benar dan adil…"(al-An'aam:115)
[6]

Firman Allah s.w.t: "…dan siapakah yang lebih benar bicaranya daripada Allah?" (al-Nisaa': 87)
[7]

Beriman bahawa al-Quran itu kalam Allah; Allah benar-benar berbecira dengan apa yang terkandung di dalamnya, disampaikan kepada Jibril kemudian dibawa turun ke dalam hati Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran". (al-Nahl: 102)
[8]

Firman Allah s.w.t: "Dan Sesungguhnya Al Quran Ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta Alam… Dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril)… ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan… dengan bahasa Arab yang jelas". (al-Syu'araa: 192-195)
[9],[10],[11],[12]

[1] وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا

[2] وَلَمَّا جَاءَ مُوسَىٰ لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّه ُ

[3] وَنَادَيْنَاهُ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ الْأَيْمَنِ وَقَرَّبْنَاهُ نَجِيًّا

[4] لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي
[5] وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
[6] وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ
[7] وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا
[8] نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ
[9] وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[10] نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ
[11] عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ
[12] بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ

Friday, April 10, 2009

Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Bahagian 1)

Pegangan kita ialah beriman kepada Allah, para Malaikat, kitab-kitab yang diturunkan, para Rasul, Hari Akhirat, Ketentuan Qadar samada baik atau buruk.

Beriman kepada RUBUBIYYAH Allah s.w.t; iaitu beriman bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan yang mencipta, memiliki, dan mentadbir semua perkara.

Beriman kepada ULUHIYYAH Allah s.w.t; iaitu beriman bahawa Allah s.w.t adalah Tuhan yang sebenar dan segala sesuatu yang disembah selainNya adalah salah.

Beriman kepada ASMA' dan SIFAT Allah s.w.t, iaitu beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai nama-nama yang baik dan sifat-sifat yang sempurna lagi tinggi.

Beriman kepada KEESAAN Allah s.w.t berhubung semua perkara tersebut, yakni beriman bahawa tidak ada sesuatupun yang menyertai atau menyengutui Allah s.w.t baik dari segi Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' dan SifatNya.

رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
"Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya; sembahlah Dia dan kuatkanlah semangat dalam melakukan ibadat terhadap-Nya. Adakah kamu mengetahui sesuatu yang menyamainya?" (Maryam: 65)

Beriman bahawa "Dialah Allah, tiada Tuhan selain-Nya, Yang tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekelian makhluk), tidak mengantuk dan tidak tidur. Memiliki segala yang di langit dan yang di bumi. Tidak ada sesuatupun yang mampu memberi pertolongan kecuali dengan izin-Nya. Tuhan yang mengetahui segala yang ada di depan dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu-Nya kecuali dengan kadar yang dikehendaki-Nya. Luasnya kursi Allah meliputi langit dan bumi. Menjaga kedua-duanya sedikitpun tidak membebankan-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung" (al-Baqarah:255)
[1]

Beriman bahawa "Dialah Tuhan yang tiada tuhan melainkan-Nya, Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Tuhan yang tiada tuhan melainkan-Nya, Tuhan yang memiliki setiap sesuatu, Tuhan yang terhindar dari kekurangan, Tuhan yang menjamin keamanan, Tuhan yang menyaksikan setiap sesuatu, Tuhan yang Maha Perkasa, Maha Kuasa dan Maha besar; Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. Dia Allah yang Maha Pencipta, Maha Pembuat, dan Maha Pembentuk, Tuhan yang mempunyai nama-nama yang baik. Setiap sesuatu di langit dan di bumi bertasbih kepadanya. Dialah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (al-Hasyr: 22-24)
[2]

Beriman bahawa "Allah mempunyai kekuasaan di langit dan di bumi, mencipta apa sahaja yang diingini, mengurniakan anak perempuan sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki, dan mengurniakan anak lelaki sahaja kepada sesiapa yang dikehendaki. Atau mengurniakan kedua-duanya; lelaki dan perempuan. Dan atas kehendak-Nya Dia boleh menjadikan sesiapa sahaja mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa". (al-Syuura: 49-50)
[3]

Beriman bahawa "Tiada sesuatupun yang menyerupainya; dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi, meluaskan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan membataskan, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui setiap sesuatu". (Syuura:11-12)
[4]

Beriman bahawa "Tiada sesuatupun yang melata di atas muka bumi melainkan Allah menjamin rezekinya, dan Dia mengetahui akan permulaan dan penghujungnya; semuanya terdapat d dalam al-Kitab al-Mubin" (Huud:6)
[5]

Beriman bahawa "Dia memiliki anak kunci ghaib, sesiapa pun tidak tahu melainkan-Nya, mengetahui apa yang ada di daratan ataupun di laut, tiada dedaun yang gugur kecuali Dia mengetahuinya, tiada seketul biji halus di dalam kegelapan bumi, tiada yang basah dan tiada yang kering kecuali semua itu terdapat di dalam al-Kitab al-Mubin" (al-An'aam:59)
[6]

Beriman bahawa "Sesungguhnya Allah; hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari Kiamat, Dia-lah yang menurunkan hujan, mengetahui apa yang ada dalam rahim; Tiada seorangpun yang dapat mengetahui apa yang bakal diperolehinya besok, dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenalpasti" (Luqman: 34)
[7]

InsyaAllah, bahagian seterusnya nanti kita cuba menghayati sifat-sifat yang diceritakan Allah dan Rasul menerusi al-Quran dan al-Sunnah.

[1] اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

[2] هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ، هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

[3] لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ ، أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

[4] لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير، لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

[5] وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

[6] وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

[7] إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Thursday, April 9, 2009

Pesanan Khairilbasyar kepada Ibn 'Umar...


Daripada Ibn 'Umar r.a, kata beliau: "Rasulullah s.a.w memegang bahuku dan berkata:
"Hiduplah di dunia seolah-olah kamu orang asing atau pengembara jalanan".
Ibnu 'Umar sendiri pernah berkata: "Jika kamu berada di sebelah petang jangan nantikan pagi dan jika kamu di sebelah pagi pula jangan nantikan petang. Ambillah peluang masa sihat sebelum sakit dan masa hidup sebelum mati". (al-Bukhari)

Ibnu 'Umar ketika itu seorang pemuda yang hanya berusia belasan tahun. Beruntungnya Ibn 'Umar, di usia begitu beliau sudah mendapat sentuhan tarbiah yang bermakna dari baginda Rasulullah s.a.w.

"Hiduplah di dunia seolah-olah kamu orang asing atau pengembara jalanan". Ia merupakan mutiara pesanan yang sangat bermakna. Pesanan yang ingin membawa manusia ke kehidupan yang sangat indah dan tenang.

Kehidupan sebagai seorang warga asing… baru seminggu menjejakkan kaki di bumi orang. Jika dulu terkenal dengan sikap bengis, cepat marah, dan tidak endahkan sesiapa, suka menjaga tepi kain orang, mengumpat dan memperlekehkan orang lain, adakah sekarang masih boleh melakukan hal yang sama? Adakah identiti ini akan terus kekal walaupun sesudah melangkah ke bumi orang?

Seorang pengembara pula akan mengatur langkahnya dengan penuh kesederhanaan, rendah diri, dan berjaga-jaga. Berjalan sambil membayangkan arah tuju yang sudah dirangka kemas di dalam fikiran. Berjalan sebagai seorang yang sarat dengan matlamat, destinasi yang jelas, dan perancangan yang teratur. Seorang pengembara suka menjadikan apa yang dilihatnya sebagai satu pengajaran dan apa yang ditimbanya sepanjang perjalanan sebagai panduan dan pengalaman yang dapat dikongsi bersama.


"Hiduplah di dunia seolah-olah kamu orang asing atau pengembara jalanan".
Wasiat ini ditujukan kepada anak muda yang baru berusia belasan tahun supaya ia dapat menjadikannya sebagai pedoman untuk menjalani kehidupan di dunia. Allah s.w.t telah memberi gambaran menyeluruh tentang kehidupan manusia menerusi Surah al-Hadid, ayat 20:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan, bermegah-megah antara satu sama lain, saling berbangga dengan harta dan anak yang banyak… Perumpamaannya seperti hujan yang membuatkan para pertani gembira melihat tanaman yang kembali subur.. kemudian tanaman itu bertukar menjadi kering, warnanya kekuningan, kemudian mula reput hancur. Di akhirat kelak terdapat azab seksaan yang dahsyat dan juga keampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Kehidupan dunia sebenarnya hanyalah keseronokan palsu. (al-Hadid:20)

Rasulullah s.a.w pula menyifatkan kehidupan dunia seperti seorang pengembara yang berhenti berteduh di bawah sepohon pokok dan kemudian meninggalkannya. (Imam Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Majah)

Wahai pengembara jalanan!!! Bergegaslah untuk mendapat pengampunan dari Allah dan syurga yang luasnya luas langit dan bumi.

سَابِقُوا إلى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Berlumba-lumbalah untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. (al-Hadid: 21)

Wednesday, April 8, 2009

Di mana pertolongan Allah...

Mungkin ramai orang tertanya, baik orang Islam atau bukan Islam tentang pertolongan yang dijanjikan Allah s.w.t kepada umat Islam. Saban hari dunia menyaksikan umat Islam dicabul dan diseksa, namun persoalannya ialah mengapa pertolongan Allah masih tidak muncul. Kita sering mendengar ayat yang berbunyi:

وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
"Sudah menjadi kewajipan kami menolong orang-orang beriman". (al-Ruum: 47)
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
"Sesungguhnya pasti kami akan menolong para utusan kami dan juga orang-orang yang beriman di dalam kehidupan dunia dan pada hari bangkitnya semua saksi". (Ghafir: 51)

وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ
"Dan sesungguhnya telah termeterai janji kami kepada hamba-hamba perutusan kami, bahawa merekalah yang pasti mendapat pertolongan, dan sesungguhnya tentara kami itulah yang pasti menang". (al-Shaafaat: 171-173)

Tetapi di manakah semua itu? Kenapa kita masih tidak dibantu? apa puncanya? Allah menzalimi kita? Sesekali tidak, kerana Allah dengan tegas menyatakan: "Sesungguhnya Allah sesekali tidak akan menzalimi hambanya". (Ali Imran: 182)

Lantaran itu mengapa Allah tidak membantu kita? Di manakah tentera Allah yang pernah menghancurkan tentera Quraisy di Badar? Di manakah angin sejuk yang menyebabkan tentera al-Ahzab kebingungan? Di manakah pedang yang pernah menghentak lehir musuh Islam ketika perang Badar? Di manakah semua itu?

Adakah Allah menzalimi kita? Tidak mungkin Allah menzalimi kita kerana Allah telah berjanji di dalam surah Qaaf; ayat 29: "Aku sesekali tidak akan menzalimi hambaku".
Bolehkah kita semua yakin dengan semua ini? Sudah tentu, kerana Allah dengan jelas telah berkata: "Allah tidak akan memungkiri janjinya" (Ruum: 6)
Kebingungan... Apa yang patut dilakukan? Mungkin kita tidak pernah mebantu Allah... "Jika kalian menolong Allah sudah pasti Allah akan menolong kalian" (Muhammad: 7)

Mungkin kita masih tidak layak menerima pertolongan Allah. Jika dilihat kalam Allah berkaitan pertolongan yang dijanjikan, Allah s.w.t menjanjikannya kepada orang-orang beriman. Adakah kita orang-orang yang benar-benar beriman? Diri saya terutamanya, dan kemudian sahabat-sahabat, marilah kita cuba mengintai diri kita menerusi ayat-ayat al-Quran di bawah:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءاياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانَا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ، الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ، أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila saja disebut nama Allah maka hati mereka akan mula gementar ketakutan.... Bila dibaca ayat-ayat Allah maka keimanan mereka kian bertambah... dan satu-satunya tempat mereka berserah ialah kepada Tuhan mereka...
Orang-orang beriman ialah mereka yang menunaikan kewajipan solat dengan sempurna... Setiap rezeki yang kami kurniakan kepada mereka, mereka akan belanjakan sebahagiannya di jalan Allah... Merekalah orang-orang yang benar-benar beriman... Merekalah yang akan menerima beberapa darjat ketinggian di sisi Allah, mendapat keampunan dan rezeki yang melimpah ruah".(al-Anfal:2-4)

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ، الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ، إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ، فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ، أُوْلَئِكَ هُمْ الْوَارِثُونَ، الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman... Mereka yang khusyu' ketika mendirikan sembahyang... Mereka yang bencikan perkara sia-sia... Mereka yang menunaikan kewajipan zakat... Mereka yang menjaga kehormatan kecuali terhadap pasangan atau hamba pemilikan mereka, maka sesungguhnya dalam perkara ini mereka tidak dicela... Sesiapa yang melakukan sebaliknya maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang beriman ialah mereka yang beramanah dan menepati janji... Mereka orang-orang yang menunaikan kewajipan solat dengan sempurna.... Merekalah orang-orang yang bakal mewarisi syurga Firdaus dan akan kekal di dalamnya" (al-Mukminun: 1-11)

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
"Pezina wanita dan lelaki; rotanlah mereka berdua sebanyak seratus kali, dan atas nama agama, jangan sesekali rasa simpati terhadap mereka jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat". (al-Nuur: 2)

Saudaraku... untuk menyorot nas-nas yang menjelaskan sifat orang beriman sudah tentu mengambil ruang yang terlalu banyak... oleh itu, saya hanya nukilkan beberapa ayat al-Quran ini untuk dijadikan sebagai neraca pengukur keimanan yang tersemai di dalam jiwa kita.

Sahabat-sahabat.. Keimanan yang jitu seharusnya dipahat semantap-mantapnya ke dalam diri setiap muslim. Namun, berjaga-jagalah, iman itu semuanya mesti berteraskan akidah yang benar.
Sahabatku... Ingatlah... musuh Islam tidak pernah tidur memikirkan cara menghapuskan umat Islam.. antara cara mereka cuba mengkucar-kacirkan umat Islam ialah menggunakan lidah mereka. Benarlah firman Allah yang bermaksud: "Mereka cuba untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka..." (Shaaf:8/al-Taubah: 32)


Tuesday, April 7, 2009

Bagaimana aku ingin berjumpa mereka?

Suatu hari seorang pendakwah datang menemui khalifah al-Ma'mun dan berkata: "Wahai Amiral Mu'minin… Aku ingin menasihatimu, tetapi nasihatku agak keras". Lalu Khalifah al-Ma'mun pun melihat lelaki itu dengan penuh insaf dan hairan. Selepas puas melihatnya, baginda pun bersuara:

"Sesungguhnya Allah pernah mengutuskan seorang yang lebih baik dari engkau kepada seorang yang lebih jahat dari aku. Allah mengutuskan Nabi Musa dan Harun kepada Firaun. Apa pesan Allah s.w.t kepada mereka?

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى فَقُولا لَهُ قَوْلاً لَيِّناً لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan ia akan sedar ataupun takut".

"Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut". Subhanallah!!! Allah tidak mengatakan pergi nyalakan api di depan mukanya!!.

Allah bukan sahaja menyuruh supaya berjumpa dengannya, malah turut berpesan agar menggunakan kata-kata yang lembut ketika berbicara dengannya. Itulah Manhaj Rabbani yang patut digunakan ketika berdakwah wahai sahabat-sahabatku, baik yang sedang belajar di sekolah, kolej, universiti, atau sudah berkerjaya.

"Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut" adakah bermaksud kita boleh sembunyikan kebenaran? Jika berdepan dengan seorang wanita yang tidak bertudung, adakah patut kita berkata kepadanya, "Kamu mulakan dengan menutup sebahagian kepala dahulu, kemudian barulah tutup semua".

Bolehkah berbuat begitu sebagai salah-satu pendekatan? Tidak!!! Kebenaran tetap kebenaran… jangan ke kanan atau ke kiri… katakan kebenaran... Tetapi dengan cara yang baik dan lembut.

"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan ia akan sedar atau takut".
Lalu Nabi Musa dan Harun berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami risau dia akan menyeksa kami atau akan bertambah melampaui batas".
Jawab Allah: "Janganlah kamu risau, sesungguhnya Aku bersama kamu, Aku mendengar dan melihat. Pergilah kepadanya dan katakanlah: "Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu, lepaskanlah Bani Israil bersama kami dan janganlah kamu menyeksa mereka lagi. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu dengan membawa bukti (atas kerasulan kami) dari Tuhanmu, dan salam sejahtera ke atas orang yang mengikut petunjuk kebenaran sedang azab seksa pula akan menimpa orang yang berdusta dan berpaling dari kebenaran".
"Siapakah Tuhan kamu wahai Musa?" Tanya Firaun. (Surah Thaahaa: 43-48)


"Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu".
Ini adalah kebenaran yang begitu sukar untuk diucap di depan seorang yang berkata: "Akulah Tuhan kalian yang Maha Tinggi" (Surah al-Naziaat: 24)

Tindakan itu patut dicontohi oleh para pendakwah atau para penuntut ilmu syarak di zaman sekarang, baik lelaki atau wanita, baik apa sahaja jurusan yang diambil. Jangan ingat demi mengambil hati, atau mengambil pendekatan yang baik untuk berdakwah sesetengah orang kita sanggup memutar belit fakta dengan harapan suatu hari boleh dijelaskan semula, apa yang penting ialah dia mahu mendengar dan tidak akan rasa terkilan…dan dia tidak akan terluka. Jangan berbuat begitu wahai sahabatku!!

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu putar belitkan kebenaran dengan kebathilan, dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu tahukannya"

Cuba renungkan kata-kata Musa kepada Firaun…
"…salam sejahtera ke atas orang yang mengikut petunjuk kebenaran, sedang azab seksa pula akan menimpa orang yang berdusta dan berpaling dari kebenaran"

Kata-kata sebegini boleh terungkap di depan Firaun? Bagi orang melayu sudah tentu ini bukannya kata-kata yang lembut, ia ibarat sedang mumukul ular dari luar gundi. Kenapa? Sudah tentu Firaun akan terasa pedasnya.

Apa yang cuba saya kaitkan di sini ialah berhikmah atau menggunakan pendekatan yang lemah lembut di dalam berdakwah bukan bererti memudahkan cara atau sikap 'mudah kira atau cincai'. Walaupun kata-kata yang diungkap itu lembut, namun kebenaran yang nak disampaikan tetap sampai.

Saudaraku!! Janganlah dambakan kelas pengajianmu menjadi seperti laut.. penuh dengan manusia... jangan pedulikan bilangan orang yang mendengar nasihatmu, tapi pentingkanlah berapa banyak kebenaran yang telah engkau sampaikan. Percayalah!! Tabiat manusia ialah mereka tidak suka mendengar nasihat.

وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَكِنْ لا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ
"Aku telah nasihati kalian, tetapi kalian tidak sukakan orang-orang yang memberi nasihat". (al-A'raaf: 79)

Saudaraku!! Jangan sedih bila kebenaran tidak dapat diterima. Apa yang penting ialah engkau sudah bersuara, menyatakan kebenaran, dan berlemah-lembut dengan mereka. "Sesungguhnya engkau tidak mungkin memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai, Allah sahajalah yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya"(al-Qasas: 56)

Jangan sedih bila engkau melihat sedikit sangat yang menghadiri kelas-kelas pengajian atau majlis tazkirah yang engkau anjur… jangan sedih bila melihat ramai orang tidak sukakan kamu kerana banyak bertazkirah atau banyak memberi nasihat. Bergembiralah kerana engkau tidak termasuk orang-orang yang rugi. "Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecualilah mereka yang beriman dan beramal soleh, sering berpesan-pesan tentang kebenaran, dan sering berpesan-pesan tentang kesabaran". (Surah al-Asri: 2-4)

Wahai kaum Hawa yang sedang menuntut ilmu syarak… Wahai kaum Hawa yang bertudung… Wahai kaum Hawa yang memikul risalah imaniyyah… Dekatilah rakan-rakan yang tidak bertudung… Katakan kebenaran kepada mereka.. tunjuklah keperiabadian yang sangat tinggi kepada mereka… jangan sesekali mengambil hati dengan kata-kata kesat mereka… seringlah berpesan kepada mereka tentang kebaikan, lontarkan kepada mereka senyuman seorang ibu seusai melahirkan anak… pegang bahu mereka seperti seorang kakak yang memegang bahu adiknya yang baru kehilangan ayah dan ibu… katakanlah kepada mereka apa sahaja ucapan yang paling sesuai… bijaklah mendekati mereka.

Wahai kaum Hawa yang mulia… Jangan hina mereka.. jangan bencikan mereka… jangan jauhkan diri dari mereka… Ya Allah…

'Seorang wanita pernah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati oleh Baginda s.a.w kerana berzina. Bila wanita itu wafat, baginda ingin mendirikan solat ke atasnya. Lalu Saidina Omar r.a, bertanya: Betulkah engkau ingin mendirikan solat ke atasnya?! Dia penzina! Ya.. Wahai Omar, Wanita ini telah bertaubat dengan taubat yang jika dibandingkan dengan tujuh puluh taubat orang Madinah sudah tentu taubatnya lebih hebat'.

Subhanallah… Penzina, mati direjam… tetapi mendapat penghormatan besar dari seorang manusia paling hebat… sudah tentu ungkapan itu satu jaminan yang wanita itu akan berada di syurga… kenapa? Taubat…

Wahai sahabatku!! Moga Allah perbaikkan diriku dan semua orang… Aku sangat bencikan kejahatan walaupun aku orang jahat… aku sangat sukakan kebaikan walaupun aku bukan orang baik.

Friday, April 3, 2009

Dialog di antara sijil dan ilmu...

Dialog di antara sijil dan ilmu...

Suatu hari ilmu bertanya kepada sijil: "Mengapa orang lebih memandang engkau berbanding aku?"
Soalan itu membuatkan sijil termenung seketika… kemudian menjawab: "Jika engkau terjumpa seseorang yang diragui kerakyatannya, sudah pasti engkau akan bertanya statusnya. Bila orang itu menjawab: "Saya rakyat Malaysia". Adakah keraguan itu akan hilang? Atau engkau lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya?"
"Ya, aku akan lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya". Jawab ilmu.
"Begitulah dengan diriku, orang lebih yakin dengan aku berbanding engkau wahai ilmu". Tambah sijil lagi: "Engkau ibarat kebenaran orang tadi sebagai rakyat Malaysia, sedang aku pula adalah Kad Pengenalan Diri".
"Satu perbandingan yang baik". Sahut Ilmu. "Tapi sekarang aku dapat rasakan yang kewujudanku tidak bererti, tiada siapa pun yang melihatku di saat engkau menjadi rebutan dan dikejar oleh semua orang. Aku terabai wahai sijil".
Dengan perlahan sijil menjawab: "Wahai ilmu, engkaulah tonggak kewujudan manusia dan teras ketamadunan mereka… Janganlah bersedih, sekalipun engkau terpencil namun engkau akan tetap dihormati, disanjung, dan dijulang… sedang aku hanya sehelai kertas, tidak mungkin aku membawanya ke alam abadi.. tidak mungkin…"
Terharu mendengar kata-kata sijil, lalu Ilmu bersuara: "Wahai sijil, aku tidak kisah engkau mendapat tempat di hati manusia, tetapi satu pemintaanku, engkau nasihatilah manusia supaya jangan mengabaikan aku. Setiap kali musim peperiksaan, aku sangat gembira kerana semua orang mendekatiku, cuba mengingatiku, walaupun aku terselindung di celah helaian buku setebal 500 m/s, aku akan tetap dijumpai, aku sangat gembira ketika itu… terlalu bahagia. Tapi bila tamat sahaja musim peperiksaan, aku mula ditinggalkan… ketika itu aku mula sedar, sebenarnya mereka semua hanya jadikan aku sebagai jambatan untuk pergi kepada engkau wahai sijil. Itulah hakikatnya".
"Subhanallah", mengeluh sijil rasa kesal. "Bersabarlah wahai ilmu!!" "Aku akan nasihati mereka".
Kata ilmu lagi; "Aku tidak seperti engkau, hiasan yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja".
Sijil mencelah dengan berkata: "Engkau juga perhiasan.. perhiasaan yang dinilai oleh Allah dan rasul-Nya. Kata Nabi s.a.w: "Kelebihan orang alim ke atas abid seperti kelebihanku ke atas serendah-rendah martabat seorang lelaki dari kalangan umatku".

مَن كَانَ يُرِيدُ الحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ ، أُوْلَئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّار وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Barangsiapa yang inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia sesekali tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak tidak mendapat tempat di akhirat kelak kecuali Neraka, dan di akhirat nanti lenyaplah apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.
(Surah Hud 15-16)

Jadi untuk para pelajar ilmu syarak, baik di sekolah atau universiti, mestilah perbetulkan niat dan terjemahkannya di dalam perbuatan. Anggaplah sijil itu hanya sebagai alat untuk mendapat tempat dalam masyarakat selepas tamat pengajian sahaja. Selepas itu jangan membuang masa lagi, bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu. Tidak ada masa untuk beristirehat, tidak ada masa untuk berseronok, berjalan-jalan atau berprogram. Masa yang ada mestilah digunakan untuk menghafal al-Quran. Menghafal al-Quran tanggungjawab semua penuntut ilmu syarak. Masa yang ada mesti digunakan untuk membaca hadis-hadis. Cuba buka al-Jami' al-Shahih; Imam Bukhari, berapa banyak hadis yang tidak pernah didengari? Ini semua khas untuk penuntut ilmu syarak, bermula dari fakulti Bahasa Arab, Syari'ah, Usuluddin, atau Comparative religion atau mana-mana fakulti yang berteraskan ilmu syarak.

Masa yang ada mestilah digunakan untuk mengemas kini kembali maklumat yang diterima atau pernah didengari. Ambil semula buku-buku yang membicarakan tentang disiplin ilmu. Kuasai disiplin-disiplin ilmu itu. Ya Allah, alangkah bahagianya jika pelajar ilmu syarak dapat menghafal al-Quran, menghafal seberapa banyak hadis sahih, menguasai Bahasa Arab, seterusnya dapat menguasai disiplin-disiplin ilmu seperti Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Usul Tafsir, Usul Hadis (Mustalah Hadis).

Alangkah bahagianya jika seseorang penuntut ilmu syarak sibuk dengan membaca tafsir-tafsir al-Quran yang muktabar dan kitab-kitab syarah hadis. Alangkah bahagiannya jika seseorang penuntut ilmu syarak itu sedar yang dia mesti memulakan perjalanan ilmunya dengan menguasai kitab-kitab kecil dahulu kemudian barulah kitab yang lebih besar. Mula dengan buku-buku fiqh mazhabnya dahulu kemudian barulah ke kitab-kitab fiqh mazhab lain. Alangkah bahagiannya jika penuntut ilmu menitik beratkan soal dalil yang dirujuk. Jika al-Quran mesti dilihat bagaimana dalil itu dijadikan hujah, tapi jika hadis mestilah terlebih dahulu pastikan kesahihannya dari Rasulullah s.a.w. Bagaimana memastikan kesahihan hadis? Di kesempatan akan datang, InsyaAllah, saya akan terangkan bagaimana sepatutnya seseorang penuntut ilmu syarak itu menuntut ilmu?


Bila Ilmu dipergunakan...

Bila ilmu dipergunakan sebagai alat untuk meraih keuntungan dunia… Bila penuntut ilmu hanya memikirkan soal bagaimana ilmu boleh mendatangkan kemewahan dunia.. Maka tunggulah saat di mana ilmu akan terselindung, kebenaran akan disembunyikan, hak-hak akan lenyap, kejahilan, zalim dan kebinasaan akan berselerakan di serata tempat, kebatilan dan pendokongnya akan meninggi dijulang, kebenaran dan pendokongnya pula akan terduduk kesal, teladan akan hilang, manusia akan sesat… dan di saat itu dapat dilihat orang alim akan tunduk sujud kepada orang yang menjamin kemewahan sementaranya, orang alim akan menjadi hamba suruhan… hina.. kotor.. lebih teruk dan jijik dari si jahil durjana… Nilai para ilmuwan akan turut hilang, diinjak dan dihina…

Orang alim yang jadikan ilmunya sebagai alat untuk mencari kemewahan itu akhirnya akan bertukar menjadi penyangak yang tidak boleh dipercayai.. samada dalam soal agama atau dunia.

Orang alim seperti ini tidak layak mendapat simpati, tidak layak dihormati, bahkan tidak layak digauli…

Oleh kerana itulah guru agung Nabi Muhammad s.a.w telah meletakkan satu garis panduan untuk para ilmuwan, pesan Nabi: "Barang siapa yang menuntut ilmu syarak hanya bertujuan untuk mendapat bahagian dunia maka dia tidak akan mencium harum bau syurga pada hari Akhirat kelak".

Antara pengalaman saya sendiri, saya pernah bertanya kepada beberapa tokoh besar agama, kenapa tidak jadikan pentas ceramah sebagai pentas ilmu… maksud saya, jangan jadikannya sebagai 'pentas badut'. salurkan seberapa banyak maklumat agama yang pasti kebenarannya. Contohnya jika hadis, pastikan hadis sahih, jika ayat al-Quran pula pastikan dirujuk terlebih dahulu kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti al-Tafsir al-Azim; Ibn Kathir, jawab mereka; "Alaaa, mereka hanya orang biasa, tidak perlu semua itu.." Sabda Nabi: "Barang siapa yang mengatakan sesuatu berkenaan ayat al-Quran berdasarkan pendapatnya (tanpa merujuk tafsir) maka pendapatnya itu salah sekalipun betul".

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Sepatutnya pendengar yang tidak tahu menahu itulah mesti diutamakan. Apa sahaja yang disampaikan mestilah benar-benar sahih, bukan agak-agak atau sekadar 'pernah terdengar atau pernah terbaca'. Jika tidak pasti, jangan sebut, jangan bercakap!

Para salaf saleh amat menitikberatkan soal kebenaran cerita atau ungkapan yang dipertuturkan. Mereka amat berjaga-jaga dalam membicarakan sesuatu. Abu Bakar r.a pernah berkata; "Bumi mana yang akan menanggungku, langit mana yang akan menaungku kiranya aku berkata sesuatu berhubung al-Quran sesuatu yang aku tidak tahu".

Tuntutlah ilmu (Ilmu syarak) untuk mendapat redha Allah!! Di kesempatan akan datang saya akan menulis tentang dialog di antara ilmu dan sijil dan juga 'Adakah masyarakat Melayu perlukan badut untuk berceramah?", INSYA ALLAH.

Thursday, April 2, 2009

Kata orang cerdik pandai

Kata orang cerdik pandai: Dalam membisu terdapat tujuh ribu kebaikan. Semuanya terkumpul di dalam tujuh ungkapan.

1- Berdiam diri adalah ibadat yang tidak perlukan penat lelah
2- Berdiam diri adalah hiasan yang tidak perlukan barang kemas
3- Berdiam diri adalah kegerunan yang tidak perlukan kekuasaan
4- Berdiam diri adalah pelindung yang tidak perlukan dinding
5- Berdiam diri adalah pengabaian yang tidak perlu memohon maaf
6- Berdiam diri adalah masa rehat untu Kiram Katibin (Malaikat)
7- Berdiam diri adalah tirai segala kekurangan

Kata Nabi Isa a.s: "Jangan banyak bertutur selain menuturkan kalimah Allah, kerana jika ungkapan lain yang sering dipertuturkan maka hati akan menjadi keras. Hati yang keras jauh dari Allah, padahal kamu tidak pun perasan."

Kata seorang hamba yang soleh: "Jika kamu lihat hati menjadi keras, tubuh sudah mula lemah kerana tua, rezeki makin berkurangan, ketahuilah yang kamu selama ini banyak bercakap tentang hal-hal yang tidak sepatutnya".

Kata Nabi Muhammad s.a.w: "Seseorang manusia seharusnya membahagikan harinya kepada empat; satu masa untuk bermunajat kepada Tuhannya, satu masa untuk memuhasabah dirinya, satu masa untuk menjenguk para ilmuan untuk mendapat bekalan ilmu dan nasihat, dan satu masa lagi diperuntukkan untuk dirinya sendiri".

Saidina Umar bin Khattab menceritakan kepada Ka'ab al-Ahbar r.a; katanya: "Maut umpama sepohon pokok berduri yang dimasukkan ke dalam rongga-rongga manusia, kemudian duri-duri pepohon itu akan melekat di setiap urat saraf, lalu disentak oleh seorang lelaki yang gagah…. Begitulah kematian".

Wednesday, April 1, 2009

Dialog di antara manusia dan dunia...

Dialog antara manusia dan dunia….

Dunia berkata kepada manusia: "Jangan sedih terhadap perkara yang sudah lepas".
Lalu manusia bertanya: "Kenapa adanya kesedihan?"
"Adanya kesedihan supaya manusia merasai manisnya kebahagiaan".
"Kenapa kesedihan tiada penghujung?" tanya manusia.
Dengan tenang dunia menjawab: "Detik mulanya sesebuah kegembiraan adalah petanda berakhirnya kesedihan".
Tidak puas hati dengan jawapan itu, manusia mengasak lagi dengan bertanya: "Oleh itu kenapa kesedihan berpanjangan?"
"Sebab manusia sentiasa memerhatikan kebahagiaan, bila dijumpai sahaja, dia akan terus memegangnya dengan erat". Jawab dunia.
"Tapi lebih baik kebahagian datang tanpa diiringi kesedihan… ia lebih bermakna dan indah".
"Kebahagian tanpa kesedihan tidak dinamakan kebahagian". Tegas dunia yang sarat dengan sejarah cerita manusia di dunia.
"Kenapa engkau zalim wahai dunia?".
"Aku tidak zalim, aku hanya sedang mencungkil kekuatan manusia yang tidak diketahuinya".
"Kekuatan apa"?
"Bila sesuatu musibah menimpa, kekuatan itu pun lahir dalam bentuk kesabaran".
"Manusia boleh bersabar, tetapi kenapa terlalu lama?"
"Walau macam mana panjang pun malam, sudah pasti fajar akan tetap menyinsing keesokan paginya".
"Ya….". Akur si manusia.

Sekadar renungan….

Saya pernah terbaca sebuah kisah dongeng menceritakan yang syaitan ingin menjual semua senjatanya, yang terdiri dari bohong, tipu helah, dan janji kosong, tapi satu senjata yang tidak akan dijual. Senjata itu ialah 'putus asa'. Dalam kamus syaitan tiada perkataan yang membawa maksud putus asa.

Kata Antoni Maqdisi: "Setiap putus asa yang lahir dari manusia merupakan satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan".

Membicarakan tentang sabar dan impian, teringat saya seorang penyair agung Arab yang bernama Jamaluddin al-Rumi. Beliau hidup di zaman yang penuh dengan kezaliman, zaman di mana kerajaan Islam diratah oleh tentera Monggol. Jamaluddin al-Rumi dalam menghadapi situasi itu telah menulis sebuah 'falsafah impian' yang dimuatkan di dalam empat puluh lapan ribu bait syair. Sarat dengan nasihat, kisah teladan, realiti kehidupan dan keindahan sabar. Mengajar kita bagaimana untuk menyalakan lilin harapan di malam yang gelap…

Ibrahim al-Yajizi berkata: "Wahai peniaga kesabaran, jangan rasa simpati dengan pembeli, juallah secubit kesabaran dengan nilai sebukit emas.."

Ada yang berkata; sabar ada batasnya. Percayalah itu hanyalah di bibir pelakon-pelakon pentas, bisikan tukang cerita, jerkahan panglipurlara yang sedang bermegah di depan kekasihnya. Kebenarannya ialah kesabaran tiada had batasnya. Mahu atau tidak kita terpaksa bersabar, bersabar dan bersabar. Kita soal diri kita, ada tak perkara yang sehingga saat ini kita nantikannya, tetapi tetap juga tidak muncul, dan kita masih menantikannya? Bukankah itu sabar?

"Mana-mana pintu pun tidak akan dibuka sekiranya kamu tidak mengetuknya"

Walau apa pun, seperkara perlu dihayati dengan baik. Sabar mempunyai saudara-saudara yang tidak mungkin berpisah. Abang sulungnya ialah impian, kemudian kerja keras, doa, tawakal dan sabar.

Kata Ahamad Amin: "Orang yang lemah melakar impian, sedang orang yang kuat sedang berkerja keras".

Salaf Soleh berkata: "Impian tanpa usaha adalah barangan orang-orang bodoh… impian adalah kekuasaan syaitan di dalam hati orang-orang yang lalai".

Bersabarlah, kata Shakespeare: "Melalui duri-duri yang sangat bahaya itu kita dapat mengapai bunga-bunga kebahagiaan".

Kata Mustafa Kamil: "Manusia yang percayakan kejayaan, dia akan melihat kejayaan berada di depannya seolah-olah ianya sebuah kenyataan".