Dari kiri Dr. Adil Gomaa (Pensyarah Fakulti Bahasa Arab KUIN), penulis, Dr. Mohamad Bakhir (Dekan Fakulti Bahasa Arab KUIN), Dr. Adas dan Dr. Ibrahim Dergham (Pensyarah Fakulti Syariah KUIN) pada malam terakhir Dr. Adil di Malaysia. Keesokan harinya 29/04/2009 beliau pulang ke Mesir.
Tak lupa juga photographer Dr. Syaaban Zen al-Abidin. Semua mereka merupakan prof2 yang dipinjamkan oleh Universiti al-Azhar kepada KUIN. Selama tujuh tahun saya berdamping dengan mereka. Banyak kenangan bersama, bermula saat saya menjadi student KUIN sehinggalah sekarang.
Malam tu kami asyik berborak sehing ke jam 3 pagi. Dr. Bakhir dengan jenakanya yang bersahaja membuatkan semua orang tertawa. Malam tu tak kan saya lupakan. Sebelum tu turut bersama Dr. Abdul Ghani dan U. Aid al-Misri, tapi mereka pulang lebih awal.
Dr. Adil merupakan seorang yang sangat disenangi ramai, baik dari kalangan pelajar atau rakan-rakan sejawat dengan beliau. Beliau tidak jemu-jemu mencurah ilmu, khususnya ilmu Nahu. Saya sendiri dapat merasakan perkara itu. Hampir empat tahun lamanya saya berulang-alik ke rumah beliau mempelajari Nahu. Antara kitab-kitab yang sempat saya habiskan bersama beliau ialah "alFiyyah ibn Malik" dan "al-Tasreef al-Muluki; Abu Ali al-Farisi". Dia juga banyak mendorong saya untuk menulis karya-karya di dalam bahasa Arab. Selain beliau, Dr. Syaaban yang mengambil gambar di atas juga merupakan antara orang yang banyak mencurahkan ilmu kepada saya, khususnya Nahu. Dengan Dr. Syaaban, saya sempat mempelajari Kitab Sebawaeh, walaupun tidak sempat menghabiskannya.
Bagi saya, Dr. Adil merupakan seorang yang sangat pakar dalam bidang pengkhususannya, iaitu Nahu dan sarf. Saya amat terhutang budi dengan beliau. Beliau banyak memberi tunjuk ajar sehinggalah saya dapat menulis sebuah kitab yang membahaskan persoalan Nahu berjudul "al-Mubassat fi Qawaed al-nahw wa al-Sarf". Kitab itu kini dijadikan sebagai kitab rujukan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di mana Prof. Dr. Bukhari Lubis sendiri yang mengajarnya. Walillahilhamd
ana sk dr.syaaban =)
ReplyDelete