Dialog antara manusia dan dunia….
Dunia berkata kepada manusia: "Jangan sedih terhadap perkara yang sudah lepas".
Lalu manusia bertanya: "Kenapa adanya kesedihan?"
"Adanya kesedihan supaya manusia merasai manisnya kebahagiaan".
"Kenapa kesedihan tiada penghujung?" tanya manusia.
Dengan tenang dunia menjawab: "Detik mulanya sesebuah kegembiraan adalah petanda berakhirnya kesedihan".
Tidak puas hati dengan jawapan itu, manusia mengasak lagi dengan bertanya: "Oleh itu kenapa kesedihan berpanjangan?"
"Sebab manusia sentiasa memerhatikan kebahagiaan, bila dijumpai sahaja, dia akan terus memegangnya dengan erat". Jawab dunia.
"Tapi lebih baik kebahagian datang tanpa diiringi kesedihan… ia lebih bermakna dan indah".
"Kebahagian tanpa kesedihan tidak dinamakan kebahagian". Tegas dunia yang sarat dengan sejarah cerita manusia di dunia.
"Kenapa engkau zalim wahai dunia?".
"Aku tidak zalim, aku hanya sedang mencungkil kekuatan manusia yang tidak diketahuinya".
"Kekuatan apa"?
"Bila sesuatu musibah menimpa, kekuatan itu pun lahir dalam bentuk kesabaran".
"Manusia boleh bersabar, tetapi kenapa terlalu lama?"
"Walau macam mana panjang pun malam, sudah pasti fajar akan tetap menyinsing keesokan paginya".
"Ya….". Akur si manusia.
Sekadar renungan….
Saya pernah terbaca sebuah kisah dongeng menceritakan yang syaitan ingin menjual semua senjatanya, yang terdiri dari bohong, tipu helah, dan janji kosong, tapi satu senjata yang tidak akan dijual. Senjata itu ialah 'putus asa'. Dalam kamus syaitan tiada perkataan yang membawa maksud putus asa.
Kata Antoni Maqdisi: "Setiap putus asa yang lahir dari manusia merupakan satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan".
Membicarakan tentang sabar dan impian, teringat saya seorang penyair agung Arab yang bernama Jamaluddin al-Rumi. Beliau hidup di zaman yang penuh dengan kezaliman, zaman di mana kerajaan Islam diratah oleh tentera Monggol. Jamaluddin al-Rumi dalam menghadapi situasi itu telah menulis sebuah 'falsafah impian' yang dimuatkan di dalam empat puluh lapan ribu bait syair. Sarat dengan nasihat, kisah teladan, realiti kehidupan dan keindahan sabar. Mengajar kita bagaimana untuk menyalakan lilin harapan di malam yang gelap…
Ibrahim al-Yajizi berkata: "Wahai peniaga kesabaran, jangan rasa simpati dengan pembeli, juallah secubit kesabaran dengan nilai sebukit emas.."
Ada yang berkata; sabar ada batasnya. Percayalah itu hanyalah di bibir pelakon-pelakon pentas, bisikan tukang cerita, jerkahan panglipurlara yang sedang bermegah di depan kekasihnya. Kebenarannya ialah kesabaran tiada had batasnya. Mahu atau tidak kita terpaksa bersabar, bersabar dan bersabar. Kita soal diri kita, ada tak perkara yang sehingga saat ini kita nantikannya, tetapi tetap juga tidak muncul, dan kita masih menantikannya? Bukankah itu sabar?
"Mana-mana pintu pun tidak akan dibuka sekiranya kamu tidak mengetuknya"
Walau apa pun, seperkara perlu dihayati dengan baik. Sabar mempunyai saudara-saudara yang tidak mungkin berpisah. Abang sulungnya ialah impian, kemudian kerja keras, doa, tawakal dan sabar.
Kata Ahamad Amin: "Orang yang lemah melakar impian, sedang orang yang kuat sedang berkerja keras".
Salaf Soleh berkata: "Impian tanpa usaha adalah barangan orang-orang bodoh… impian adalah kekuasaan syaitan di dalam hati orang-orang yang lalai".
Bersabarlah, kata Shakespeare: "Melalui duri-duri yang sangat bahaya itu kita dapat mengapai bunga-bunga kebahagiaan".
Kata Mustafa Kamil: "Manusia yang percayakan kejayaan, dia akan melihat kejayaan berada di depannya seolah-olah ianya sebuah kenyataan".

No comments:
Post a Comment