Friday, April 17, 2009

Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 6)

Sifat al-Mahabbah (suka) dan al-Bughd (benci)

Beriman bahawa Allah s.w.t menyukai para wali-Nya, dan beriman bahawa mereka juga menyukai Allah s.w.t.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ
"Katakanlah; jika kamu sukakan Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah akan menyukai kamu" (Ali 'Imran: 3)

فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ
"Maka kelak Allah akan datangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya" (al-Maaidah: 54)

وَاللهُ يُحِبُّ الصَّاْبِرِيْنَ
"…dan Allah menyukai orang-orang yang sabar" (Ali 'Imraan: 146)

Beriman bahawa Allah s.w.t menyukai apa yang disyariatkan-Nya samada berbentuk kelakuan atau percakapan, dan membenci apa yang dilarangi-Nya.

وَلَٰكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ
"…tetapi Allah bencikan keberangkatan mereka, lalu Allah lengahkan mereka; dan di dikatakan kepada mereka: "Duduklah bersama dengan orang-orang yang duduk". (al-Taubah: 46)

Beriman bahawa Allah s.w.t menyukai orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ
"…Allah menyukai mereka dan mereka menyukai Allah; dan begitulah perihal bagi orang yang takutkan Tuhannya" (al-Baiyyinah: 8)

Beriman bahawa Allah s.w.t memarahi sesiapa sahaja yang terdiri daripada orang-orang kafir atau selain mereka.

الظَّانِّينَ بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۖ وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
"… mereka yang berprasangka buruk terhadap Allah; tibalah giliran keburukan ke atas mereka; dan Allah memurkai mereka…" (al-Fath:6)

Beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai sifat suka dan benci, redha dan marah dengan cara dan bentuk yang layak bagi keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah s.w.t.

Beriman bahawa Allah s.w.t bersifat dengan sifat yang demikian; iaitu suka dan benci, marah dan redha, secara hakikat bukan majaz.

Beriman bahawa Allah s.w.t mempunyai sifat al-mahabbah dan al-bughd secara hakikat, dan tidak akan mentakwilkannya, dan tidak juga mempersoalkan rupa bentuk atau cara (kaifiyyah). Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment