Bila ilmu dipergunakan sebagai alat untuk meraih keuntungan dunia… Bila penuntut ilmu hanya memikirkan soal bagaimana ilmu boleh mendatangkan kemewahan dunia.. Maka tunggulah saat di mana ilmu akan terselindung, kebenaran akan disembunyikan, hak-hak akan lenyap, kejahilan, zalim dan kebinasaan akan berselerakan di serata tempat, kebatilan dan pendokongnya akan meninggi dijulang, kebenaran dan pendokongnya pula akan terduduk kesal, teladan akan hilang, manusia akan sesat… dan di saat itu dapat dilihat orang alim akan tunduk sujud kepada orang yang menjamin kemewahan sementaranya, orang alim akan menjadi hamba suruhan… hina.. kotor.. lebih teruk dan jijik dari si jahil durjana… Nilai para ilmuwan akan turut hilang, diinjak dan dihina…
Orang alim yang jadikan ilmunya sebagai alat untuk mencari kemewahan itu akhirnya akan bertukar menjadi penyangak yang tidak boleh dipercayai.. samada dalam soal agama atau dunia.
Orang alim seperti ini tidak layak mendapat simpati, tidak layak dihormati, bahkan tidak layak digauli…
Oleh kerana itulah guru agung Nabi Muhammad s.a.w telah meletakkan satu garis panduan untuk para ilmuwan, pesan Nabi: "Barang siapa yang menuntut ilmu syarak hanya bertujuan untuk mendapat bahagian dunia maka dia tidak akan mencium harum bau syurga pada hari Akhirat kelak".
Antara pengalaman saya sendiri, saya pernah bertanya kepada beberapa tokoh besar agama, kenapa tidak jadikan pentas ceramah sebagai pentas ilmu… maksud saya, jangan jadikannya sebagai 'pentas badut'. salurkan seberapa banyak maklumat agama yang pasti kebenarannya. Contohnya jika hadis, pastikan hadis sahih, jika ayat al-Quran pula pastikan dirujuk terlebih dahulu kepada kitab-kitab tafsir yang muktabar seperti al-Tafsir al-Azim; Ibn Kathir, jawab mereka; "Alaaa, mereka hanya orang biasa, tidak perlu semua itu.." Sabda Nabi: "Barang siapa yang mengatakan sesuatu berkenaan ayat al-Quran berdasarkan pendapatnya (tanpa merujuk tafsir) maka pendapatnya itu salah sekalipun betul".
Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Sepatutnya pendengar yang tidak tahu menahu itulah mesti diutamakan. Apa sahaja yang disampaikan mestilah benar-benar sahih, bukan agak-agak atau sekadar 'pernah terdengar atau pernah terbaca'. Jika tidak pasti, jangan sebut, jangan bercakap!
Para salaf saleh amat menitikberatkan soal kebenaran cerita atau ungkapan yang dipertuturkan. Mereka amat berjaga-jaga dalam membicarakan sesuatu. Abu Bakar r.a pernah berkata; "Bumi mana yang akan menanggungku, langit mana yang akan menaungku kiranya aku berkata sesuatu berhubung al-Quran sesuatu yang aku tidak tahu".
Tuntutlah ilmu (Ilmu syarak) untuk mendapat redha Allah!! Di kesempatan akan datang saya akan menulis tentang dialog di antara ilmu dan sijil dan juga 'Adakah masyarakat Melayu perlukan badut untuk berceramah?", INSYA ALLAH.

No comments:
Post a Comment