Tuesday, March 31, 2009

Mungkinkah tersenyum?

Kamu jangan memikirkan perkara lepas yang sudah hilang dalam lipatan…
Biarlah masa depan menyusul dengan sendiri… jangan terlalu memikirkannya… kerana jika benar hari ini dihabiskan dengan baik maka sudah tentu esok akan menjadi lebih baik...

Kamu mesti bangun dan berkerja keras… Jauhi sifat malas dan suka melepak… Jangan membuang masa… mulakan dengan yang terpenting…

Selalulah mengemaskini tata cara hidup… pelbagaikan aktiviti harian…
Elak dari banyak bersantai dan berborak kosong…

Selalulah menyebut La Haula Wa La Quwwata Illa Billah… Ia adalah sinar untuk hati yang gelap, harapan di saat genting, penyangga beban yang berat, dan ucapan yang disukai Tuhan Yang Maha Agung.
Banyaklah beristighfar… kerana di dalamnya ada rezeki, jalan keluar sesuatu kesulitan, zuriat yang soleh, ilmu yang bermanfaat, dan pembersihan dari dosa-dosa…

Ujian yang menimpa sebenarnya proses mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya... mengajar erti doa, harapan dan kesabaran… menyuci sifat sombong, 'ujub, dan bangga diri yang tersadur pada tubuh …

Jangan menghampiri para pembenci, pendengki dan pendendam… kerana mereka adalah bara… pencetus duka dan lara…
Janganlah berbuat dosa… kerana ia adalah gedung kegundahan dan kesedihan… Dialah punca musibah dan tekanan...

Jangan sedih atau terkilan dengan kata-kata keji yang dilontar… jangan sesekali hiraukannya… kerana bara api akhirnya akan memakan dirinya sendiri…

Kata-kata keji musuh dan para pendengki sebenarnya membuatkan kamu lebih diingati… menandakan kamu orang penting dan hebat…
Orang yang mengumpat sebenarnya sedang membungkus pahala kebaikannya untuk dihadiahkan kepada kamu… sedang membersih kotoran dari suratan kejahatanmu… Beruntungnya!!!

Ukirlah senyuman dan lontarkan kepada sesiapa sahaja… kerana ia adalah harga yang dibayar untuk sesebuah kasih sayang…
Mulakan memberi salam, sambut mereka dengan senyuman, tunjukkan rasa prihatin… nescaya suatu hari kamu akan memiliki jiwa mereka…
Jangan bazirkan masa dengan berpindah randah… bertukar ganti dan ke sana ke sini… tetapkan pendirian dan terus berjuang…

Luaskan pandangan… banyak memaafkan… kerana dalam semua itu ada ketenangan yang tidak dapat digambarkan… jangan sesekali menyimpan dendam… kerana dendam adalah api yang membakar jiwa…

Ingat!! Musuh sangat gembira bila kamu marah atau sedih… jangan biarkan mereka gembira. Mereka hanya ingin melihat hidup kamu kucar kacir.

Ketepikan cinta durjana, kerana ia adalah azab yang menyiksa dan menyakitkan…
Kamulah yang mewarnai kehidupan… dengan tangan kamu sendiri… Jadi, jangan memakai kaca mata hitam bila ingin mewarna!!!

Jika kamu tersungkur di dalam sesuatu musibah, ingatlah… Berapa banyak musibah sebelum ini yang telah kamu lepasi?? Ingatlah… Tuhan yang pernah melepaskan kamu dahulu akan terus berbuat demikian… kerana Ia adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun…

Pejamkan mata… fikir sejenak… bangun dan ubahlah kehidupan… jadikan hari-hari mendatang sebagai hari yang paling bahagia…

Friday, March 27, 2009

Hari-hari yang sangat sibuk

Bila terkenangkan hari-hari yang aku lalui sejak kebelakangan ini terlalu berat rasanya untuk memikul.. ia benar-benar menduga kesabaran dan ketabahan... jalan-jalan yang sedang aku susuri sekarang penuh dengan liku ... bebanan yang ku pikul terlalu berat... sukar hendak diceritakan.

Tapi saat aku menulis blog ni, aku menulis dengan harapan agar semua itu berkurangan kerana aku telah luahkannya... Kawan-kawan, bersaing dengan kaum Theong Hwa memang suatu cabaran yang sukar nak ditutur.. kita sebagai orang Islam banyak batas dan sempadan yang perlu kita patuhi.. perlu kita jaga.. tapi bagi mereka, SEMUANYA BOLEH ASALKAN MENGUNTUNGKAN... Ya Allah, moga-moga dengan menjaga etika seorang usahawan muslim aku mendapat keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah... Allahumma Ameen...

Aku berdoa kepada Tuhan agar memudahkan segala urusan...

Suka saya berkongsi di sini kisah seorang ulama Arab Saudi yang bernama Abdul Aziz bin Baz bila seseorang mengadu kepadanya tentang masalah dan tanggungjawab yang berat terpaksa dipikul olehnya ketika menjadi pengarah Universiti Madinah. Lelaki itu berkata: "Saya amat tertekan dengan apa yang saya pikul sekarang... berbagai-bagai masalah yang terpaksa saya hadapi... semuanya di atas bahu saya..." Lalu dengan tenang Syaikh Abdul Aziz bin Baz memegang tangan lelaki itu dan membacakan firman Allah yang bermaksud: 'Bersabar, tingkatkan kesabaran, berkerjasama, dan bertakwalah kepada Allah...." Syaikh Abdul Aziz bin Baz bertanya: Adakah kamu telah melakukan empat perkara ini? Jika kamu telah melakukannya... kamu akan berjaya!!"

Sebenarnya saya tidak tahu apa yang ingin saya tulis.. tak ada idea... tapi suka juga saya nak cerita tentang sikap rendah diri dan betapa hebatnya peribadi seorang tokoh di abad ini. Beliau bernama Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimeen. Pertama kali saya mendengar kisahnya, saya rasa kagum dengan keperibadiannya sehinggalah satu hari saya membaca satu artikal tentang beliau. Bila Syaikh Uthaimeen dipilih sebagai penerima Anugerah Raja Faisol, beliau mengutus sepucuk surat kepada bahagian yang bertanggungjawab sebagai mengganti diri beliau. Antara isi kandungan surat tersebut ialah: Saya amat berterima kasih..... malangnya saya tidak dapat menghadiri ke majlis penganugerahan itu kerana pertembungan jadual... satunya ialah halaqah ilmu yang pastinya di situ terdapat salah satu dari taman-taman syurga... Sudah pasti di situ adanya kebaikan dan keberkataan... dan di sana (Majlis penganugeraahan) sudah pasti tidak akan sunyi dari rasa takabur, hebat, dan riak... sedangkan aku amat lemah untuk berhadapan dengan semua itu... jadi aku mengambil keputusan untuk bersama dengan anak-anak muridku di sini ('Unaizah; masjid beliau).

Ya Allah... Di manakah kita? Mereka ialah dua orang lama yang sangat saya kagumi... saya berasa kagum dengan mereka bila saya mula dipertanggungjawabkan untuk menterjemah beberapa buah buku karangan mereka. sebelum ini saya antara orang yang sangat berburuk sangka terhadap mereka.

Moga Allah ampunkan dosaku, ibu bapaku, mereka berdua, dan semua umat Islam... Allahumma Ameen...

Wednesday, March 11, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Teka-teki kehidupan...

Teka-teki kehidupan...


Aku datang... Tapitidak tahu dari mana?
yang pasti aku telahpun datang...
Di depanku terdapat sebatang jalan.. terus ku berjalan ke arahnya...
Di pertengahan jalan, aku tertanya... sampai bila aku akan terus berjalan...
ingin meneruskan atau berhenti?
Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Bagaimana jalan itu boleh wujud di depnku?
Aku tak tahu...

Adakah aku masih baru atau telah lama dalam kewujudan ini?
Adakah aku seorang yang merdeka atau atau tahanan yang terantai?
Adakah aku yang memegang tali pemecut kehidupanku atau orang lain?
Aku harap suatu hari kelak aku akan tahu jawapannya...
Tapi sehingga saat ini aku masih tidak tahu...

Adakah di sana sesiapa yang pernah melihat aku sebelum aku menjadi seorang insan?
Adakah sebelum ini aku bukannya apa-apa ataupun sesuatu?
Adakah teka-teki ini akan terus kekal tidak terjawab?
Aku tidak tahu... aku tidak tahu kenapa aku tidak tahu?

Suatu hari aku bertanya kepada laut; "Adakah aku berasal dari kamu?"
Adakah benar yang aku sebahagian dari kamu?
Tak semena-mena, ombak yang bergelora itu tertawa sambil berkata:
"Aku tidak tahu".

Wahai laut! Adakah engkau tahu berapa ribu tahun telah berlalu kewujudanmu?
Adakah pantai yang tidak pernah kenal erti sakit itu tahu sejak bila engkau mula menghempasnya?
Adakah sungai itu tahu yang airnya dari kamu dan akan kembali kepada kamu?
Apa yang sedang diperkatakan oleh buih-buih laut ketika mereka berpadu menjadi ombak besar menghempap pantai?
Dengan tenang laut menjawab: "Aku tidak tahu".

Berapa ramai gadis seperti Laila yang datang mengesak di pangkumu wahai laut?
Engkau pernah saksikan suka-duka manusia yang datang meratap di sisimu...
Engkau telah lama wujud menyaksikan tingkah-laku baik dan jahat manusia...
Sebab itu aku ingin bertanya kepadamu...
Aku tidak tahu mengapa engkau kata 'TIDAK TAHU'...
Kenapa?

Dalam kalbuku wahai laut tersimpannya rahsia-rahsia yang sangat besar...
Ada kain menutupinya... seolah-olah aku ini serentang hijab...
Sebab itu terasa aku makin jauh setiap kali aku hampir untuk mengetahuinya...

Padang pasir... Mungkin engkau seperti aku atau engkau seperti laut...
Bezanya aku punyai tempat untuk berteduh sedangkan engkau tidak pernah kenal erti teduh...
Beza engkau dan laut ialah laut memiliki panti untuk ku santai ... sedang engkau aku takut untuk melintasi...
Bezanya engkau dan laut tidak memiliki akal sedang aku memilikinya...
Kenapa engkau dan laut sentiasa diam redha dengan apa yang ada sedang aku banyak bertanya?
Aku tidak tahu...

Aku akui di dalam diriku ini wujudnya satu peperangan, pemberontakan dan khayalan...
Ku lihat diriku kadang-kandang syaitan, kadang-kadang malaikat...
Adakah diriku ini dua individu yang tidak secucuk, dan tidak ingin bersama?
Ataupun... Aku ini pada mata engkau seorang yang tengelam di dalam tanda tanya yang tiada kesudahannya..?
Aku tidak tahu...

Aku tidak tahu hari kemarinku...
Aku tidak tahu hari esok ku...
Aku hanya tahu yang aku tidak tahu...
Bilakah diriku akan tahu siapa diriku?
Aku tidak tahu...

Di manakah gelak-tawa dan tangisanku ketika masih kecil?
Di mana gurau-sendaku ketika zaman kanak-kanak?
Di manakah cita-cita yang suatu ketika dulu sering ku sebut?
Semua itu hilang... tetapi bagaimana ia hilang... sejak bila dan mengapa?
Aku tidak tahu....

ahlan..



Jadikan hari ini lebih baik dari semalam..Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki..sampai kita kehilangannya..tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya..Masa depan yang cerah sentiasa ada..jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu..jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba dengan kesungguhan..jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup..onak duri sakit semalam, segalanya hanya ujian seketika..tanda kasih ar-Rahim..mengingatkan tika lupa..mengejutkan tika lena..Alhamdulillah tanda syukur...