Suatu hari seorang pendakwah datang menemui khalifah al-Ma'mun dan berkata: "Wahai Amiral Mu'minin… Aku ingin menasihatimu, tetapi nasihatku agak keras". Lalu Khalifah al-Ma'mun pun melihat lelaki itu dengan penuh insaf dan hairan. Selepas puas melihatnya, baginda pun bersuara:
"Sesungguhnya Allah pernah mengutuskan seorang yang lebih baik dari engkau kepada seorang yang lebih jahat dari aku. Allah mengutuskan Nabi Musa dan Harun kepada Firaun. Apa pesan Allah s.w.t kepada mereka?
اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى فَقُولا لَهُ قَوْلاً لَيِّناً لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى
"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan ia akan sedar ataupun takut".
"Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut". Subhanallah!!! Allah tidak mengatakan pergi nyalakan api di depan mukanya!!.
Allah bukan sahaja menyuruh supaya berjumpa dengannya, malah turut berpesan agar menggunakan kata-kata yang lembut ketika berbicara dengannya. Itulah Manhaj Rabbani yang patut digunakan ketika berdakwah wahai sahabat-sahabatku, baik yang sedang belajar di sekolah, kolej, universiti, atau sudah berkerjaya.
"Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut" adakah bermaksud kita boleh sembunyikan kebenaran? Jika berdepan dengan seorang wanita yang tidak bertudung, adakah patut kita berkata kepadanya, "Kamu mulakan dengan menutup sebahagian kepala dahulu, kemudian barulah tutup semua".
Bolehkah berbuat begitu sebagai salah-satu pendekatan? Tidak!!! Kebenaran tetap kebenaran… jangan ke kanan atau ke kiri… katakan kebenaran... Tetapi dengan cara yang baik dan lembut.
"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Berbicaralah dengannya menggunakan kata-kata yang lembut, mudah-mudahan ia akan sedar atau takut".
Lalu Nabi Musa dan Harun berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami risau dia akan menyeksa kami atau akan bertambah melampaui batas".
Jawab Allah: "Janganlah kamu risau, sesungguhnya Aku bersama kamu, Aku mendengar dan melihat. Pergilah kepadanya dan katakanlah: "Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu, lepaskanlah Bani Israil bersama kami dan janganlah kamu menyeksa mereka lagi. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu dengan membawa bukti (atas kerasulan kami) dari Tuhanmu, dan salam sejahtera ke atas orang yang mengikut petunjuk kebenaran sedang azab seksa pula akan menimpa orang yang berdusta dan berpaling dari kebenaran".
"Siapakah Tuhan kamu wahai Musa?" Tanya Firaun. (Surah Thaahaa: 43-48)
"Sesungguhnya kami berdua adalah utusan Tuhanmu".
Ini adalah kebenaran yang begitu sukar untuk diucap di depan seorang yang berkata: "Akulah Tuhan kalian yang Maha Tinggi" (Surah al-Naziaat: 24)
Tindakan itu patut dicontohi oleh para pendakwah atau para penuntut ilmu syarak di zaman sekarang, baik lelaki atau wanita, baik apa sahaja jurusan yang diambil. Jangan ingat demi mengambil hati, atau mengambil pendekatan yang baik untuk berdakwah sesetengah orang kita sanggup memutar belit fakta dengan harapan suatu hari boleh dijelaskan semula, apa yang penting ialah dia mahu mendengar dan tidak akan rasa terkilan…dan dia tidak akan terluka. Jangan berbuat begitu wahai sahabatku!!
وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah kamu putar belitkan kebenaran dengan kebathilan, dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu, sedangkan kamu tahukannya"
Cuba renungkan kata-kata Musa kepada Firaun…
"…salam sejahtera ke atas orang yang mengikut petunjuk kebenaran, sedang azab seksa pula akan menimpa orang yang berdusta dan berpaling dari kebenaran"
Kata-kata sebegini boleh terungkap di depan Firaun? Bagi orang melayu sudah tentu ini bukannya kata-kata yang lembut, ia ibarat sedang mumukul ular dari luar gundi. Kenapa? Sudah tentu Firaun akan terasa pedasnya.
Apa yang cuba saya kaitkan di sini ialah berhikmah atau menggunakan pendekatan yang lemah lembut di dalam berdakwah bukan bererti memudahkan cara atau sikap 'mudah kira atau cincai'. Walaupun kata-kata yang diungkap itu lembut, namun kebenaran yang nak disampaikan tetap sampai.
Saudaraku!! Janganlah dambakan kelas pengajianmu menjadi seperti laut.. penuh dengan manusia... jangan pedulikan bilangan orang yang mendengar nasihatmu, tapi pentingkanlah berapa banyak kebenaran yang telah engkau sampaikan. Percayalah!! Tabiat manusia ialah mereka tidak suka mendengar nasihat.

وَنَصَحْتُ لَكُمْ وَلَكِنْ لا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ
"Aku telah nasihati kalian, tetapi kalian tidak sukakan orang-orang yang memberi nasihat". (al-A'raaf: 79)
Saudaraku!! Jangan sedih bila kebenaran tidak dapat diterima. Apa yang penting ialah engkau sudah bersuara, menyatakan kebenaran, dan berlemah-lembut dengan mereka. "Sesungguhnya engkau tidak mungkin memberi petunjuk kepada orang yang engkau cintai, Allah sahajalah yang akan memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya"(al-Qasas: 56)
Jangan sedih bila engkau melihat sedikit sangat yang menghadiri kelas-kelas pengajian atau majlis tazkirah yang engkau anjur… jangan sedih bila melihat ramai orang tidak sukakan kamu kerana banyak bertazkirah atau banyak memberi nasihat. Bergembiralah kerana engkau tidak termasuk orang-orang yang rugi. "Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecualilah mereka yang beriman dan beramal soleh, sering berpesan-pesan tentang kebenaran, dan sering berpesan-pesan tentang kesabaran". (Surah al-Asri: 2-4)
Wahai kaum Hawa yang sedang menuntut ilmu syarak… Wahai kaum Hawa yang bertudung… Wahai kaum Hawa yang memikul risalah imaniyyah… Dekatilah rakan-rakan yang tidak bertudung… Katakan kebenaran kepada mereka.. tunjuklah keperiabadian yang sangat tinggi kepada mereka… jangan sesekali mengambil hati dengan kata-kata kesat mereka… seringlah berpesan kepada mereka tentang kebaikan, lontarkan kepada mereka senyuman seorang ibu seusai melahirkan anak… pegang bahu mereka seperti seorang kakak yang memegang bahu adiknya yang baru kehilangan ayah dan ibu… katakanlah kepada mereka apa sahaja ucapan yang paling sesuai… bijaklah mendekati mereka.
Wahai kaum Hawa yang mulia… Jangan hina mereka.. jangan bencikan mereka… jangan jauhkan diri dari mereka… Ya Allah…
'Seorang wanita pernah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati oleh Baginda s.a.w kerana berzina. Bila wanita itu wafat, baginda ingin mendirikan solat ke atasnya. Lalu Saidina Omar r.a, bertanya: Betulkah engkau ingin mendirikan solat ke atasnya?! Dia penzina! Ya.. Wahai Omar, Wanita ini telah bertaubat dengan taubat yang jika dibandingkan dengan tujuh puluh taubat orang Madinah sudah tentu taubatnya lebih hebat'.
Subhanallah… Penzina, mati direjam… tetapi mendapat penghormatan besar dari seorang manusia paling hebat… sudah tentu ungkapan itu satu jaminan yang wanita itu akan berada di syurga… kenapa? Taubat…
Wahai sahabatku!! Moga Allah perbaikkan diriku dan semua orang… Aku sangat bencikan kejahatan walaupun aku orang jahat… aku sangat sukakan kebaikan walaupun aku bukan orang baik.
No comments:
Post a Comment