Mungkin ramai orang tertanya, baik orang Islam atau bukan Islam tentang pertolongan yang dijanjikan Allah s.w.t kepada umat Islam. Saban hari dunia menyaksikan umat Islam dicabul dan diseksa, namun persoalannya ialah mengapa pertolongan Allah masih tidak muncul. Kita sering mendengar ayat yang berbunyi:
وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
"Sudah menjadi kewajipan kami menolong orang-orang beriman". (al-Ruum: 47)
"Sudah menjadi kewajipan kami menolong orang-orang beriman". (al-Ruum: 47)
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
"Sesungguhnya pasti kami akan menolong para utusan kami dan juga orang-orang yang beriman di dalam kehidupan dunia dan pada hari bangkitnya semua saksi". (Ghafir: 51)
"Sesungguhnya pasti kami akan menolong para utusan kami dan juga orang-orang yang beriman di dalam kehidupan dunia dan pada hari bangkitnya semua saksi". (Ghafir: 51)
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا الْمُرْسَلِينَ إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنْصُورُونَ وَإِنَّ جُنْدَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ
"Dan sesungguhnya telah termeterai janji kami kepada hamba-hamba perutusan kami, bahawa merekalah yang pasti mendapat pertolongan, dan sesungguhnya tentara kami itulah yang pasti menang". (al-Shaafaat: 171-173)
Tetapi di manakah semua itu? Kenapa kita masih tidak dibantu? apa puncanya? Allah menzalimi kita? Sesekali tidak, kerana Allah dengan tegas menyatakan: "Sesungguhnya Allah sesekali tidak akan menzalimi hambanya". (Ali Imran: 182)
Lantaran itu mengapa Allah tidak membantu kita? Di manakah tentera Allah yang pernah menghancurkan tentera Quraisy di Badar? Di manakah angin sejuk yang menyebabkan tentera al-Ahzab kebingungan? Di manakah pedang yang pernah menghentak lehir musuh Islam ketika perang Badar? Di manakah semua itu?
Adakah Allah menzalimi kita? Tidak mungkin Allah menzalimi kita kerana Allah telah berjanji di dalam surah Qaaf; ayat 29: "Aku sesekali tidak akan menzalimi hambaku".
Bolehkah kita semua yakin dengan semua ini? Sudah tentu, kerana Allah dengan jelas telah berkata: "Allah tidak akan memungkiri janjinya" (Ruum: 6)
Kebingungan... Apa yang patut dilakukan? Mungkin kita tidak pernah mebantu Allah... "Jika kalian menolong Allah sudah pasti Allah akan menolong kalian" (Muhammad: 7)
Mungkin kita masih tidak layak menerima pertolongan Allah. Jika dilihat kalam Allah berkaitan pertolongan yang dijanjikan, Allah s.w.t menjanjikannya kepada orang-orang beriman. Adakah kita orang-orang yang benar-benar beriman? Diri saya terutamanya, dan kemudian sahabat-sahabat, marilah kita cuba mengintai diri kita menerusi ayat-ayat al-Quran di bawah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءاياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانَا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ، الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ، أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila saja disebut nama Allah maka hati mereka akan mula gementar ketakutan.... Bila dibaca ayat-ayat Allah maka keimanan mereka kian bertambah... dan satu-satunya tempat mereka berserah ialah kepada Tuhan mereka...Orang-orang beriman ialah mereka yang menunaikan kewajipan solat dengan sempurna... Setiap rezeki yang kami kurniakan kepada mereka, mereka akan belanjakan sebahagiannya di jalan Allah... Merekalah orang-orang yang benar-benar beriman... Merekalah yang akan menerima beberapa darjat ketinggian di sisi Allah, mendapat keampunan dan rezeki yang melimpah ruah".(al-Anfal:2-4)
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ، الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ، إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ، فَمَنْ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْعَادُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ، وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ، أُوْلَئِكَ هُمْ الْوَارِثُونَ، الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman... Mereka yang khusyu' ketika mendirikan sembahyang... Mereka yang bencikan perkara sia-sia... Mereka yang menunaikan kewajipan zakat... Mereka yang menjaga kehormatan kecuali terhadap pasangan atau hamba pemilikan mereka, maka sesungguhnya dalam perkara ini mereka tidak dicela... Sesiapa yang melakukan sebaliknya maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang beriman ialah mereka yang beramanah dan menepati janji... Mereka orang-orang yang menunaikan kewajipan solat dengan sempurna.... Merekalah orang-orang yang bakal mewarisi syurga Firdaus dan akan kekal di dalamnya" (al-Mukminun: 1-11)
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
"Pezina wanita dan lelaki; rotanlah mereka berdua sebanyak seratus kali, dan atas nama agama, jangan sesekali rasa simpati terhadap mereka jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat". (al-Nuur: 2)
Saudaraku... untuk menyorot nas-nas yang menjelaskan sifat orang beriman sudah tentu mengambil ruang yang terlalu banyak... oleh itu, saya hanya nukilkan beberapa ayat al-Quran ini untuk dijadikan sebagai neraca pengukur keimanan yang tersemai di dalam jiwa kita.

Sahabat-sahabat.. Keimanan yang jitu seharusnya dipahat semantap-mantapnya ke dalam diri setiap muslim. Namun, berjaga-jagalah, iman itu semuanya mesti berteraskan akidah yang benar.
Sahabatku... Ingatlah... musuh Islam tidak pernah tidur memikirkan cara menghapuskan umat Islam.. antara cara mereka cuba mengkucar-kacirkan umat Islam ialah menggunakan lidah mereka. Benarlah firman Allah yang bermaksud: "Mereka cuba untuk memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka..." (Shaaf:8/al-Taubah: 32)
No comments:
Post a Comment