Saturday, May 2, 2009

Ringkasan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Bahagian 9)



Sifat-sifat Allah s.w.t yang disebut sebelum ini samada secara ringkas atau terperinci, pengisbatan atau penafian, semuanya diambil daripada al-Quran dan al-Sunnah, dan mengikut apa yang difahami dan direkodkan oleh generasi awal umat Islam (salaf soleh) seperti Abu Hanifah, Sufian al-Thauri, al-Syafie, al-Auzaa'ie, Malik, Ahmad bin Hanbal dan lain-lain.

Melihat bahawa nas-nas al-Quran berhubung perkara ini mestilah dikekalkan dalam bentuk asal, dan diterjemahkan kepada makna hakiki yang layak bagi Allah s.w.t. Dalam perkara ini, kami terkecuali dari orang yang menukar maknanya kepada pengertian tertentu yang digelar sebagai 'takwil', terkecuali dari aliran 'ta'thil'; iaitu menyangka bahawa lafaz-lafaz berhubung sifat khabariyyah tidak mempunyai apa-apa pengertian yang boleh difahami manusia, sebaliknya Allah sahaja yang tahu akan maksudnya, terkecuali dari golongan pelampau yang menyamakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk, dan terkecuali juga dari mereka yang membebankan diri dengan sesuatu yang tidak tertanggung; iaitu dengan cuba mempersoalkan rupa bentuk sifat Allah s.w.t.

Amat yakin bahawa apa sahaja yang terdapat di al-Quran atau al-Sunnah tidak sesekali akan bertentangan di antara satu sama lain.

وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ اخْتِلاَفًا كَثِيرًا
"… dan kalaulah (al-Quran) itu turun daripada selain Allah nescaya mereka akan temui di dalamnya percanggahan yang banyak…" (al-Nisa': 82)

Sesiapa yang menyangka bahawa di dalam al-Quran atau al-Sunnah terdapat percanggahan di antara satu nas dengan satu nas yang lain maka ianya disebabkan oleh niatnya yang buruk dan rasa sangsi yang terdapat di dalam hatinya. Hendaklah ia bertaubat kepada Allah dan bebaskan dirinya daripada kejahilan. Orang yang menyangka bahawa wujudnya percanggahan di dalam al-Quran atau di dalam al-Sunnah ataupun di antara al-Quran dan al-Sunnah, maka ia sebenarnya adalah lantaran dari kekurangan ilmu, atau keterbatasan fahaman, ataupun kurang penilitian, maka carilah ilmu dan telitilah sungguh-sungguh agar kebenaran dapat dicapai.

وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا
"…dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman dengannya, semuanya dari sisi Tuhan kami". (ali-'Imraan: 7)

3 comments:

  1. ربي يعطيك الف عافيي

    مع اني مفهمتش الا شوية حاجات

    والف شكر على زيارتك الجميلة لمدونتي

    وعاوزين نشوف حاجة عربي عشان نفهمها

    بالتوفيق ان شاء الله

    ReplyDelete
  2. هههه طبعا ما هتفهم جاجة اللي في مدونتي لأنها باللغة الماليزية.. على أية حال شكرا جزيلا على الزيارة وأنا أقدرها كل التقدير

    أقول لك تمتعت بقرائة ما تحوي مدونتك من جمال العابير وحسنها.. وأنا إن شا الله أكون على متابعة مدونتك ونكون نحن جميعا على إتصال دائم..

    ReplyDelete
  3. cuba cerita saya dahlupa dah bab tauhid apa beza nama allah dan sifatallah mengikut alquran dan sunnah bersama sepuloh dalil tanpa takwil
    2.apa hikmah alllah sebut arrahman dan arrahim dlm basmalah tidak sifat yang lain bersama dalil dlm usuludin dan syariah islamiah dan dalil dlm quran dan sunnah dan pandangan muktazilah moden

    ReplyDelete